Ciri Terbaru Google Maps

409

Ciri terbaik aplikasi Waze yang melaporkan insiden kini didatangkan dalam Google Maps. Ciri ini menunjukkan kerja-kerja baik pulih jalan, masa kemalangan yang dilaporkan, dan situasi terkini faktor-faktor trafik perlahan tersebut.

Sumber: The Verge

Ciri ini membenarkan pengguna untuk melaporkan penutupan jalan, kemalangan, kereta polis berhampiran dan pelbagai masalah trafik yang lain. Walau bagaimanapun, ramai pemandu lebih memilih untuk menggunakan Waze berbanding Google Maps walaupun kedua-duanya datang dari syarikat yang sama. Ini disebabkan ciri laporan insidennya yang tepat dan sentiasa dikemas kini. Namun begitu, kedua-dua aplikasi ini tidak semestinya mengalami persaingan yang terlalu sengit kerana bezanya Waze berbanding Google Maps ialah Waze dikhususkan kepada pemandu, manakala Google Maps boleh digunakan untuk pejalan kaki, pengguna kenderaan awam dan mereka yang berbasikal ditambah lagi dengan maklumat perniagaan dan cadangan sesuatu tempat.

Anak syarikat Google, inkubator Area 120 telah dilaporkan memulakan projek mencipta aplikasi yang diharapkan menjadi pesaing Waze untuk sistem kereta api bawah tanah di kota raya New York. Aplikasi ini yang dipanggil Pigeon turut membenarkan pengguna melaporkan sebarang kelewatan dan kemalangan. Sejak aplikasi tersebut mula dilancarkan, semakin ramai pengguna yang aktif melaporkan kemalangan pada setiap hari. Ini mungkin menunjukkan bahawa orang ramai berminat dan sanggup untuk melaporkan masalah trafik bukan sahaja dalam aplikasi Waze, tetapi dalam mana-mana aplikasi yang menawarkan ciri tersebut.

Kredit: The Verge

Read More  Bagaimana Hendak Menghentikan Laman Web Dari Meminta Kebenaran Untuk Menunjukkan Notifikasi?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...