Baiki Gajet anda Sendiri dengan Bantuan 5 Laman Web ini

Jimatkan kos baiki gajet anda dengan membaikinya sendiri (Do It Yourself , DIY)

198

Ramai orang yang menggunakan lebih dari satu peranti tetapi tidak semua pengguna mengetahui cara untuk membaiki gajet mereka sekiranya berlaku kerosakan yang sedikit.

Tahukah anda bahawa anda boleh menjimatkan kos sekiranya anda membaiki sendiri gajet anda yang bermasalah jika dibandingkan dengan menghantarnya ke kedai ataupun pihak ketiga lain.

Terdapat beberapa laman web yang boleh dijadikan rujukan untuk anda membaiki gajet anda sendiri.

iFixit

Sumber: Google Image

iFixit adalah laman web yang paling banyak dirujuk. Syarikat yang bertempat di AS itu bermula pada tahun 2003 selepas pengasas bersama iaitu Kyle Wiens tidak dapat mencari manual untuk membaiki Apple iBook beliau. iFixit kemudian telah berkembang menjadi sebuah komuniti global.

Laman web ini menawarkan video tutorial yang dapat membantu pengguna untuk melihat proses membaiki dengan lebih teliti. Pengguna juga boleh membeli barangan yang diperlukan melalui laman web ini.

SOSav

Sumber: Google Image

SOSav adalah laman web yang berpangkalan di UK. Laman web ini menyediakan banyak gambar dan anda boleh membeli bahagian yang diperlukan secara langsung dari laman web ini.

Panduan juga tersedia untuk komputer Apple, telefon bimbit, tablet, pemain muzik digital, konsol permainan, kamera, smartwatch, dan headset realiti maya. Jika anda ingin membaiki Chromebook atau PC Windows, rujuk iFixit.

PowerbookMedic

Sumber: Google Image

PowerbookMedic telah wujud sebelum Apple termasuk komputer riba MacBooks dan iBooks. Laman web ini sentiasa dikemas kini dengan maklumat terkini.

Tidak mempunyai produk Apple? PowerbookMedic tidak semestinya tidak relevan kepada anda. Laman ini juga mempunyai panduan untuk peranti Amazon Kindle. Oleh itu, jika tablet Fire atau Kindle e-reader anda bermasalah, laman web ini dapat membantu anda.

PowerbookMedic juga menjual barang ganti keperluan anda dan ia juga membeli PC semasa anda. Syarikat ini akan membaiki peranti anda dan kemudian menjualnya kembali.

Read More  Mengapa Microsoft Membuang 3D Pinball daripada Windows dan Bagaimana Ingin Mendapatkannya Semula

wikiHow

Sumber: Google Image

wikiHow menyediakan panduan langkah-demi-langkah (step-by-step) tentang bagaimana untuk membaiki gajet anda. Satu perkara yang tidak tersedia ialah memberitahu anda bagaimana untuk membetulkan komponen yang pecah pada model komputer atau peranti mudah alih anda.

Di sini anda boleh menemui panduan am yang boleh berfungsi tanpa mengira model peranti anda, contohnya bagaimana untuk memulihkan bateri telefon bimbit atau cara membaiki iPod jack.

Youtube

Sesetengah orang lebih mudah memahami sesuatu tutorial apabila melihat video jika dibandingkan dengan teks ataupun gambar. YouTube menyediakan banyak video tutorial membaiki gajet untuk ditonton dan dipelajari. Kebanyakan laman web yang disenaraikan di atas juga memuat naik video mereka ke YouTube.

Sumber: MakeUseOf

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...