Bersenam Boleh Dapat Duit?

83

Malas untuk bersenam? Tiada motivasi? Sekiranya anda mahu tetapi liat untuk bersenam, anda mungkin calon terbaik untuk memuat turun sebuah aplikasi yang akan meningkatkan motivasi anda untuk melakukan aktiviti di luar rumah. Sweatcoins merupakan sebuah aplikasi yang boleh didapati di Android dan iPhone dan menawarkan anda 0.96 syiling untuk setiap langkah anda. Buat masa sekarang, Sweatcoins (SWC) yang anda perolehi dalam aplikasi hanya boleh ditebus denegan barang-barang dalam aplikasi. Nampak sama tetapi tak serupa, Sweatcoins bukanlah sejenis mata wang kripto walaupun perkara tersebut masih sedang dibincangkan. Pejalan kaki yang berdedikasi boleh mendapatkan ganjaran yang bernilai seperti iPhone X dan sebagainya. Anda juga boleh menukarkan syiling-syiling tersebut dengan beberapa sen (USD) di kedai Sweatcoins. Teknologi dan sistem yang digunakan Sweatcoins adalah sangat mudah. Ia menggunakan teknologi pengesan pergerakan dan penjejak GPS untuk membilang langkah anda dan bayar anda berdasarkan jumlah langkah tersebut. Menarik, kan?

1,2,3 Mula!

Sweatcoins boleh didapati di Google Store dan Apple Store dan ia sangat mudah untuk digunakan.

  1. Muat turun aplikasi tersebut
  2. Buka akaun anda
  3. On GPS anda
  4. Mula berjalan sambil melihat skrin untuk mengetahui bagaimana cara memperoleh wang

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan Sweatcoins?

Cara terbaik untuk anda mendapatkannya ialah dengan berjalan di luar. Aplikasi ini tidak mengira langkah anda dalam rumah sebanyak mana di luar. Disebabkan signal GPS lebih baik di kawasan luar rumah, anda mungkin mahu lebih banyakbersenam di luar  berbanding di dalam rumah.

Dalam sehari, anda boleh mengumpul sehingga 5 SWC sehari yang meletakkan dalam tahap Mover. Namun begitu, jika anda telah melepasi had minima langkah yang dicadangkan, anda boleh menaik taraf akaun anda kepada Shaker (10 SWC sehari), Quaker (15 SWC sehari), atau Breaker (20 SWC sehari). Anda perlu membayar untuk naik ke tahap yang lebih tinggi menggunakan Sweatcoins yang telah anda kumpul.

Read More  Wave vs. Google Maps: Aplikasi Mana Yang Lebih Baik

Bagaimanakah cara untuk menggunakan Sweatcoins?

Cara utama untuk berbelanja menggunakan Sweatcoins ialah berbelanja di kedai dalam aplikasi Sweatcoins. Produk-produk yang ditawarkan di sini sentiasa mempunyai giliran untuk dikenakan diskaun dan promosi. Kebanyakan produk disediakan secara percuma oleh peniaga yang melihat cara ini sebagai sebuah peluang pemasaran. Disebabkan aplikasi ini merupakan aplikasi berkaitan senaman, kebanyakan produk ditawarkan adalah berkaitan seperti kelas kesihatan, video senaman dan pelbagai lagi.

Cara lain yang boleh digunakan ialah menjual Sweatcoins dan menukarkannya kepada wang tunai. Aplikasi ini membenarkan anda memindahkan syiling ke akaun sesama pengguna. Mungkin pada masa akan datang. anda boleh jual SWC untuk ditukarkan dengan mata wang kripto yang lain.

Mata Wang Kripto?

Walaupun SWC kedengaran seperti mata wang kripto dan digunakan sebagaimana wang kripto yang lain, ia hanyalah poin yang anda dapat dalam suatu aplikasi. Ura-ura ada mengatakan bahawa SweatCo Ltd. mungkin mempertimbangkan untuk menukarkan Sweatcoins kepada mata wang kripto baru jadi sekiranya anda berminat untuk melabur dalam pasaran kripto, Sweatcoinss boleh jadi salah satu daripada pilihan anda.

Sekiranya anda sedang mencari cara yang menyeronokkan untuk bersenam, Sweatcoins mungkin salah satu pilihan yang anda ada. Keluarkan peluh, jadi sihat dan kumpul duit kripto supaya anda boleh dapatkan manfaat yang banyak dari kedai maya dalam aplikasi ini.

Kredit: MakeTechEasier

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...