Bagaimana untuk Berkongsi Semula (Re-Share) Instagram Post ke Stories

Langkah berkongsi Post ke Stories & mematikan ciri berkongsi Post

146

Dengan 300 juta pengguna Instagram Stories yang aktif setiap hari, tidak menghairankan bahawa Instagram terus mengemas kini ciri tersebut. Yang terbaru untuk Instagram Stories adalah keupayaan untuk berkongsi semula atau post orang lain anda kepada Stories anda.

Langkah Berkongsi Post ke Stories

Sumber: Google Image

Untuk berkongsi Post Instagram anda atau orang lain ke Stories anda, pergi ke Post yang anda ingin berkongsi kemudian:

  1. Pilih butang Send to di bawah Post.
  2. Tekan Add post to your story.
  3. Sebaik sahaja anda menambah sebarang teks atau pelekat pada gambar, tekan butang +.

Apabila anda berkongsi Post seseorang kepada Stories anda, mereka tidak akan menerima pemberitahuan (notification) yang memberitahu mereka, melainkan anda menanda (tag) mereka.

Elakkan Pengguna Lain Menggunakan Post Anda di Instagram

Sumber: Google Image

Jika anda tidak menyukai pengguna lain untuk berkongsi Post Instagram anda kepada Stories mereka, anda boleh mematikan ciri ini pada telefon anda.

Pilih Settings (tiga titik) > Privacy and Security > Resharing to Stories dan pilih off.

Sumber: MakeUseOf

Read More  Cara Untuk Pin Perbualan WhatsApp Yang Penting Di Atas Senarai Bual Anda!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...