Langkah Mencegah Malware dan Virus daripada Menyerang Facebook Anda

Banyak masalah yang akan dihadapi jika Malware/Virus mula memasuki akaun Facebook anda

232

Semakin besar sesuatu platform itu, maka semakin tinggi risiko untuk ia diserang. Contohnya, Mac mempunyai kurang masalah malware kerana ia tidak begitu popular seperti Windows, Facebook merupakan platform yang sangat digemari oleh penggodam untuk melalukan perbuatan berniat jahat seperti sebarkan virus.

Walaupun Facebook merupakan tempat yang baik untuk berhubung dengan rakan-rakan dan berkongsi pelbagai maklumat tetapi perlu diingat bahawa ia terlalu banyak risiko ancaman. Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan malware di Facebook.

Berhati-hati dengan Aplikasi Berniat Jahat

Log masuk menggunakan akaun Facebook bermaksud semua laman dan aplikasi membolehkan anda log masuk menggunakan maklumat facebook anda. Walaupun ia memudahkan tetapi anda tidak boleh mempercayai setiap aplikasi tersebut kerana kebanyakannya adalah berniat jahat untuk menyebarkan malware.

Sumber: Google Image

Pastikan anda telah menyemak kebenaran yang diminta oleh aplikasi sebelum anda membenarkannya. Jika tidak pasti, jangan biarkan aplikasi tersebut mengakses facebook anda.

Pastikan Pautan (Link) ‘bersih’ Sebelum Klik

Jangan sekali-kali tekan link yang anda tidak pasti atau yang kelihatan tidak selamat. Ia kadang kala dalam bentuk iklan Facebook atau mesej yang dihantar kepada anda.

Sumber: Google Image

Kebiasaanya, link ini tidak menyebarkan malware ke Facebook, tetapi ia membawa anda ke laman lain yang dijangkiti. Link ini akan membawa anda ke laman yang dipenuhi spam dengan banyak iklan, dan menyebarkan ransomware.

Jangan Terima Permintaan Kenalan yang Diragui

Sumber: Google Image

Kadang-kala, secara rawak orang akan menghantar permintaan kenalan kepada pengguna lain. Ia kebiasaannya dikategorikan sebagai akaun spam kerana mereka menggunakan gambar profil palsu, tidak mempunyai senarai rakan, dan dari luar negara.

Menerima permintaan spam ini akan memberikan masalah kerana akaun spam ini akan menyiarkan pautan yang berniat jahat atau mesej anda dengan kandungan yang meragui. Pastikan senarai rakan anda hanya orang-orang yang anda betul-betul kenal sahaja.

Read More  Cara " Close Sales " Hebat Menggunakan Whatsapp ( Bahagian 1 )

Pastikan Akaun anda Selamat

Memastikan akaun Facebook anda selamat adalah cara yang baik untuk memastikan rakan anda yang lain juga tidak dijangkiti. Selalunya penyerang akan memecah masuk ke akaun seseorang dan mesej rakan mereka bertindak seolah-olah mereka orang itu. Sama ada mereka berpura-pura memerlukan wang atau menghantar pautan haram, rakan-rakan lain akan menghadapi masalah ini.

Sumber: Google Image

Pergi ke halaman keselamatan (security page) Facebook anda untuk memastikan keselamatannya terjamin:

  • Anda harus menghidupkan isyarat Log Masuk (Login Alerts) supaya anda dapat tahu jika orang lain log masuk ke akaun anda dari mesin yang tidak diketahui.
  • Gunakan tetapan kebenaran log masuk (Login Approval) untuk menambah pengesahan dua faktor (two-factor authentication) ke akaun anda.
  • Perhatikan peranti yang diakui (Recognized Device) dan tempat anda Log masuk, pastikan tiada tempat yang akan tidak biasa.

Sumber: MakeUseOf

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...