3 Langkah Mudah untuk Membuka iPhone yang Terkunci

265

Pernah berada dalam situasi di mana iPhone anda terkunci? Bayangkan sewaktu anda buat rumah terbuka, sibuk melayan tetamu dan tanpa disedari, iPhone anda sudah berada di tangan sepupu anda yang baru berumur tiga tahun. Cubaan untuk membuka iPhone anda dengan menekan nombor secara rawak menyebabkan iPhone anda terkunci. Anda mungkin pernah terfikir adakah terdapat cara yang mudah untuk membuka kunci iPhone tersebut? Ini mungkin mengecewakan tetapi sememangnya tiada cara mudah untuk membuka kunci tersebut. TETAPI jangan khuatir kerana terdapat tiga alternatif yang boleh digunakan sekiranya anda terperangkap dalam situasi tersebut. Hanya ikuti langkah-langkah ini dan iPhone anda pasti boleh diakses lagi. Setelah itu, jangan lupa untuk sembunyikan telefon pintar anda supaya pisang tidak berbuah dua kali.

Back Up dan Kembalikan iPhone anda Menggunakan iTunes

  1. Sambungkan iPhone anda (guna kabel USB) ke komputer yang pernah anda gunakan untuk sync dengan telefon pintar anda.
  2. Lancarkan iTunes
  3. Klik pada peranti iPhone dan pilih “Summary” daripada menu di bahagian kiri skrin anda
  4. Tekan butang “Back up” untuk back up semua data anda dalam iTunes
  5. Kemudian, pilih “Restore iPhone” dan ikut arahan yang tertera pada skrin anda
  6. Setelah proses itu lengkap, iPhone anda akan ditetap semula seperti sebuah telefon pintar baru, seolah-olah anda baru sahaja beli.
  7. Pembantu iOS Setup anda akan menanyakan anda sama anda mahu atau tidak untuk set up telefon yang baru dikembalikan tersebut. Pastikan anda pilih Restore from iTunes Backup”. Kemudian, pilih peranti anda daripada iTunes dan klik pada backup yang paling baru.

Menggunakan Mod DFU untuk mengembalikan telefon

Sekiranya anda tidak pernah sync telefon anda dengan iTunes, anda bakal menghadapi beberapa isu. Hal ini kerana telefon anda mempunyai kod laluan dan iTunes memerlukan perkara yang sama untuk dihubungkan. Sekiranya perkara ini kerap berlakui, anda juga boleh pilih cara kedua. Cara kedua diyakini berjaya dan sangat mudah.

Read More  Apakah Notifikasi ‘Senyap’ Pada Android?

DFU, atau Device Firmware Update merupakan salah satu cara mengembalikan iPhone anda. Ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan iPhone anda dalam mod DFU.

  1. Sambungkan telefon anda kepada komputer dan lancarkan iTunes
  2. Tekan dan tahan butang Power dengan butang Home (butang perlahankan suara sekiranya anda menggunakan iPhone 7)
  3. Pastikan anda kira sehingga 8 saat. Kemudian, lepas butang Power sambil masih lagi memgang butang perlahankan suara. Lakukan ini sehingga anda menerima mesej “iTunes has detached an iPhone in recovery mode”
  4. Sekarang, lepas kedua-dua butang. Proses ini berjaya sekiranya paparan skrin bertukar menjadi hitam. Sekiranya gagal, anda perlu cuba sekali lagi.
  5. Akhir sekali, kembalikan akses telefon anda menggunakan iTunes.

Sekiranya anda mempunyai iPhone 8 dan ke atas, ikuti langkah-langkah di bawah.

  1. Tekan dan lepaskan dengan segera butang tinggikan suara. Kemudian, tekan dan lepaskan dengan cepat butang perlahankan suara.
  2. Tekan dan tahan butang sisi sehingga anda dipaparkan skrin hitam.
  3. Tekan dan tahan butang perlahankan suara bersama-sama butang sisi.
  4. Kira hingga 5 saat dan lepaskan butang sisi sambil masih memegang butang perlahankan butang sehingga anda nampak peranti iPhone anda di iTunes.
  5. Setelah anda nampak peranti anda, lepaskan butang suara secepat yang mungkin.

Untuk memastikan cara ini berkesan, anda perlu lakukan semua langkah tekan dan lepas pada masa yang tepat. Jangan tahan butang perlahankan suara terlalu lama.

Padam iPhone melalui iCloud

Sekiranya anda tidak ingat kod laluan iPhone anda, anda tidak ada pilihan lain melainkan memadam peranti anda dan menetapkannya seperti baru. Anda akan kehilangan semua data anda kecuali sekiranya anda telah buat back up sebelum telefon anda tidak boleh dibuka.

Read More  Ciri Terbaru Instagram Akan Pastikan Anda Tidak Terlepas Apa-apa!

Sekiranya telefon anda bersambung dengan akaun iCloud dan “Find my iPhone” ditetapkan dalam mod enabled, anda boleh menggunakannya untuk memadam peranti anda. Anda perlu:

  • Log masuk menggunakan ID Apple dan kata laluan
  • Pilih iPhone anda pada tetapan menu “All my devices”
  • Tekan pilihan “Erase iPhone”

Menetapkan iPhone Anda

Mana-mana pun cara yang anda gunakan untuk mengembalikan iPhone anda, cara terakhir untuk menggunakan telefon anda seperti sediakala ialah dengan bermula dari kosong. Namun begitu, prosedur akan berbeza berdasarkan sama ada anda mempunyai backup iTunes, iCloud atau tiada langsung. Apabila skrin “Set up” muncul pada telefon anda, ikuti langkah-langkah di bawah.

  1. iTunes – Seperti yang telah disebut di atas, pastikan anda memilih “Restore from iPhone Backup” sewaktu membuat tetapan pada telefon anda
  2. iCloud – Putuskan sambungan telefon daripada komputer dan pilih “Restore from iCloud Backupsewaktu membuat tetapan pada telefon.
  3. Tiada Backup- Tetapkan telefon anda sewaktu ia tidak dihubungkan dengan komputer

Semoga berjaya!

 

Kredit: DreamyTricks

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...