Maklumat Privasi Anda kini Lebih Selamat dengan Kemas Kini Reka Bentuk Terbaru Google Akaun

310

Google telah mereka bentuk hub Akaun Google untuk Android dengan ruang hubung kait yang lebih simple dan intuitif serta membenarkan anda untuk membuat pencarian mana-mana tetapan ataupun maklumat akaun yang anda ingin lihat semula atau ubah dengan cepat. Reka bentuk yang baru ini akan muncul dalam versi sesawang dan iOS. Menurut Google, sebanyak 20 juta orang pengguna melawat tetapan akaun pada setiap hari justeru penting bagi syarikat itu untuk terus menambahbaik perkhidmatan mereka. Laman akaun merangkumi info peribadi anda, peranti yang dihubungkan dengan akaun tersebut, cara-cara bayaran, sejarah pembelian, langganan, dan pelbagai lagi.

Laman akaun yang telah dirombak ini memandang serius mengenai sekuriti dan pilihan privasi memandangkan itu adalah perkara yang kerap disemak dan dikemaskini oleh pengguna. Kini, terdapat bar pencarian untuk perkara-perkara yang serupa apabila anda sedang mencari sesuatu yang spesifik tetapi tidak tahu cara untuk ke laman tersebut daripada laman utama akaun anda.

“Untuk memastikan anda lebih memahami dan mampu mengawal Akaun Google anda, pihak Google telah menjadikan semua pilihan privasi anda mudah untuk dilihat semula dengan reka bentuk yang intuitif dan telah diuji oleh pengguna” coret Jan Hanneman, pengurus produk untuk Akaun Google dalam sebuah kenyataan. “ Anda juga boleh mencari kawalan aktiviti di tab Data & Personalisation dengan mudah dan pilih jenis aktiviti data yang disimpan dalam akaun untuk memastikan Google dapat digunakan dengan lebih baik untuk kebaikan anda” tambahnya lagi.

Daripada bahagian Akaun Google, anda juga boleh mengakses privasi yang di stream serta halaman pemeriksaan sekuriti syarikat untuk memastikan segalanya berada dalam keadaan yang anda inginkan. Kini, anda bakal menerima kenyataan penting daripada laman akaun utama sekiranya Google mengenal pasti sesuatu yang boleh dilakukan untuk menambah baik keselamatan akaun anda.

Read More  Dropbox vs. Google Drive vs. OneDrive: Storan Cloud Manakah Yang Terbaik Untuk Anda?

Kredit: The Verge

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...