Kemaskini Terbaru Google Classroom Menyukarkan Pelajar Untuk Meniru Ketika Kuiz

222

Google telah mengumumkan beberapa ciri baru Google Classroom pada hari ini. Ini termasuklah cara terbaharu untuk ibu bapa dan guru menyekat sebarang capaian ke aplikasi atau pelayar pada waktu sepatutnya mereka tidur atau fokus kepada kerja sekolah mereka.

Kini, dengan mengadakan kuiz melalui Google Forms, para guru / pensyarah boleh memastikan pelajar fokus kepada tugasan dan menyekat mereka daripada melayari internet untuk mencari jawapan untuk ujian tersebut.

Antara ciri-ciri lain adalah membenarkan ibu bapa untuk mempunyai sedikit kawalan terhadap peranti yang disediakan oleh pihak sekolah dengan membenarkan tetapan off hours. Ciri-ciri ini hamper menyerupai fungsi parental control yang terdapat pada peranti seperti tablet Fire atau Kindle yang memberikan limitasi kepada kanak-kanak untuk mengakses sesetengah aplikasi dan konten.

Sumber : The Verge

Read More  Kini Status Bateri Telefon Anda Juga Akan Di kongsi dengan Perkongsian Lokasi Google Maps

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...