Fungsi Terbaru Pada Google Earth Memberikan Anda Capaian Untuk Jarak Sesuatu Kawasan Di Dalam Peta.
Google Earth baru sahaja memperkenalkan fungsi baharu iaitu Measure baharu yang membolehkan pengguna untuk menganggarkan jarak bagi sesusatu kawasan yang terdapat di dalam peta pada aplikasi tersebut.
Dengan fungsi terbaharu ini, pengguna boleh mendapatkan jarak yang tepat di antara dua titik atau sebahagian permukaan yang dipilih di dalam peta. (Kini anda boleh mendapatkan jarak sebenar dari rumah anda ke kedai makan kegemaran anda).
Measure juga membolehkan pengguna memilih sempadan bagi sesuatu kawasan, yang memudahkan anda mengukur objek yang tidak teratur seperti taman, bangunan malah negeri atau negara.
Measure ini sangat berguna kepada kaki travel, sebabnya anda boleh merancang perjalanan anda ke sesuatu lokasi dengan lebih awal. Maklumlah, bila travel ni banyak tempat nak pergi. Jadi sebelum kaki kebas dan melecet sebagainya. Baiklah anda rancang perjalanan anda sebaiknya.
Measure telah tersedia pada Android dan Google Chrome. Manakala, untuk sistem operasi iOS akan dilancarkan sedikit masa lagi.
Sumber: The Verge
Komen