Pasang Voice Note Di Whatsapp Tanpa Didengari Oleh Orang Lain (Tiada Headphone Diperlukan)

242

WhatsApp aplikasi yang memang tidak asing lagi di Malaysia. Baik untuk kegunaan peribadi mahupun dijadikan sebagai medium bisnes. Bukan setakat untuk menghantar pesanan teks, ia juga turut digunakan untuk menghantar pesanan bergambar dan pesanan audio.

Tapi yang paling menganggu privasi adalah pesanan audio jika anda berada di tempat awam, pastinya pesanan tersebut turut didengari oleh orang lain sekiranya anda tidak menggunakan headphone/earphone. 

Mendengar keluhan anda, Whatsapp telah tampil dengan fungsi untuk membenarkan anda mendengar pesanan audio secara senyap tanpa perlu menggunakan headphone/earphone.

1. Cara Mendengar Pesanan Audio Secara Senyap 

Untuk mendengar pesanan audio, mainkan sahaja pesanan audio tersebut dan rapatkan ke telinga anda. Mod daripada speaker luaran akan bertukar kepada speaker dalam seolah-olah anda sedang bercakap di telefon. Tak percaya? Sekarang boleh cuba mendengar kembali pesanan audio yang anda terima.

2. Cara Merekod Pesanan Audio Dengan Sekali Klik

Untuk merekod pesanan audio anda tanpa perlu menekan butang Record  sepanjang masa, anda hanya perlu menekan butang Record dan menolaknya ke atas. Anda boleh terus merekod pesanan audio anda tanpa perlu menekan butang Record sepanjang tempoh tersebut:

Mudah bukan? Mudah je. Senang dan menjaga privasi anda.

Sumber : Makeuseof

Read More  "Feeds" Rakan Facebook Kini Tiada Lagi

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...