IGTV: Apakah ia? Bagaimanakah Cara untuk Menggunakannya?

174

Instagram telah melancarkan ciri terbaru yang mungkin anda tidak pernah terfikir tentangnya : sebuah rangkaian TV.

IGTV –  merupakan sebuah aplikasi dan juga ciri; kedua-duanya sebuah sistem TV dan digambarkan oleh Instagram sebagai “ciri aplikasi paling menyeronokkan”. Namun kenyataannya, ia sedikit mengelirukan, sekurang-kurangnya bagi orang yang baru berjinak-jinak dengan Instagram.

Pendek kata, ia adalah salah satu cara untuk menonton video-video di Instagram tanpa perlu mengendahkan kiriman, suapan ataupun cerita. Realitinya, aplikasi dan ciri ini mampu buat lebih daripada itu.

Apakah ia?

Ia masih Instagram kecuali mempunyai video yang lebih panjang. Aplikasi ini bertujuan sebagai alternatif untuk para pengguna menonton kandungan video yang lebih panjang.

Perkara utama yang membezakan aplikasi dan ciri ini daripada Instagram biasa ialah ketiadaan suapan, gambar atau cerita. Ia juga telah menghapuskan ciri video Instagram sebelum ini yang terhad kepada satu minit sahaja. Di IGTV, durasi video boleh mencapai satu jam lamanya.

Ia membezakan dirinya daripada pesaing yang lain seperti Youtube dengan memfokuskan pada video menegak sepenuhnya yang mana dikatakan cara sebenar anda gunakan telefon pintar. Secara ringkasnya, anda tidak perlu memusingkan telefon anda untuk menonton kiriman.

Ia disusun dalam bentuk saluran berbanding profail. Hakikatnya, kedua-duanya sama saja, apabila anda atau sesiapa yang anda follow mendaftar diri untuk perkhidmatan itu, anda akan diminta untuk membuka saluran dan saluran itu akan dihubungkan dengan profail peribadi anda di Instagram.

Ramai antara Instagrammer terkenal di dunia sudah pun membuka saluran mereka sendiri. Ini termasuklah Kim Kardashian West dan akaun anjing terkenal, Jiffpom.

Mengapa aplikasi ini wujud?

Terdapat dua jawapan untuk soalan ini, kedua-duanya betul dan mana yang lebih penting adalah berdasarkan betapa sinikalnya anda dan Instagram.

Read More  Tahukah Anda, Terdapat Lagi 5 Telco Yang Anda Tidak Tahu!

Pertama sekali, pengguna suka menonton video-video di Instagram. Walaupun bermula sebagai aplikasi gambar, imej bergerak sudah mula mengambil alih platform ini. Oleh itu, Instagram telah melancarkan cara yang lebih baik dan panjang untuk menontonnya; meletakkannya dalam suatu aplikasi supaya lebih ramai pengguna boleh menonton video dengan senang hati.

Namun begitu, penting untuk anda tahu bahawa pemilik Instagram, Facebook sangat menyokong idea untuk menjadi platform video dan telah melancarkan hos dengan inisiatif berbeza, dan tidak semua  usaha berjaya dalam percubaan tersebut. Iklan yang diletakkan sebelah video lebih mahal dan semakin berharga Faebook dan Instagram, lebih ramai orang lebih yakin untuk menonton video-video tersebut yang mana sangat bagus untuk syarikat mendapat keuntungan.

Bagaimana cara untuk mendapatkannya?

Terdapat dua cara untuk menggunakan IGTV. Cara pertama adalah melalui Instagram di mana sebuah butang kecil akan muncul jika pengguna di suapan ada mengirim sesuatu yang baru. Cara kedua yang lebih mudah dan utama ialah melalui aplikasi berasingan iaitu IGTV.

Instagram berkata bahawa IGTV akan dikenali dan digunakan di seluruh dunia dalam beberapa minggu yang akan datang. Aplikasi berasingan yang dinamakan IGTV ini sudah boleh didapati oleh beberapa orang pengguna sekarang, namun begitu butang biasa di Instagram asal mungkin tidak muncul.

Bagaimanakah caranya untuk menonton video di IGTV?

Hanya muat turun aplikasi ini dan bukanya. Sekiranya anda sudah mengikuti beberapa orang di Instagram, video IGTV mereka akan muncul dan dimainkan di skrin secara automatik.

Di bahagian bawah, anda boleh skrol pelbagai kiriman pada skrin “For You” yang mengambil maklumat daripada Instagram tradisional untuk mencadangkan video-video yang bersesuaian dengan selera anda.

Read More  Cara Untuk Mencetak Teks Mesej Daripada Telefon

Anda juga boleh klik “Following” untuk melihat senarai kiriman terbaru yang telah dikongsi oleh orang yang anda ikuti, “Popular” untuk semua jenis video yang banyak ditonton sepenuhnya di IGTV, atau “Continue Watching” untuk anda habiskan menonton video yang tidak sampat ditonton.

Hanya ini sahaja tentang IGTV buat masa sekarang. Terdapat beberapa perkara di aplikasi IGTV berkenaan terma dan syarat yang mungkin akan dibincangkan pada masa yang akan datang.

Bagaimana untuk mendaftar?

Sebanyak mana Instagram mempromosi aplikasi ini dengan bercakap tentang selebriti yang menggunakan perkhidmatan ini, ia juga mahu orang awam turut terlibat. Jadi, anda boleh buat program IGTV anda sendiri, jika anda mahu.

Namun begitu, aplikasi ini tidak menunjukkan cara mudah dan jelas untuk berbuat demikian. Jelasnya, ciri yang dibuat ini menyasarkan selebriti dan saluran yang lebih besar untuk membuka akaun manakala pengguna biasa adalah sebagai penonton.

Untuk mula menggunakan aplikasi ini, buka aplikasi IGTV dan tekan pada gambar profail anda yang terdapat di bahagian kanan. Ia akan mencadangkan anda untuk membuka saluran dan anda akan dibawa ke beberapa langkah dan diberi beberapa nasihat. Setelah itu, anda akan dibawa semula ke suapan di laman utama. Sekarang, apabila anda ingin berkongsi apa-apa video, klik pada gambar profail dan anda akan dibawa semula ke saluran anda-tekan butang tambah kecil dan anda kini boleh memuat naik video.

Penting untuk anda ambil perhatian bahawa tidak seperti Instagram, IGTV tidak memasukkan mana-mana ciri untuk membuat video yang anda ingin muat naik. Sebaliknya, anda perlu merekodkannya di tempat lain, contohnya aplikasi built-in camera sebelum anda kongsikannya daripada rol kamera anda.

Read More  Kini Anda Boleh Kongsikan Facebook Stories Dalam Grup Dan Acara!

Kredit: The Independent UK

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...