Bagaimana Hacker Mencuri Data Peribadi Anda Melalui Facebook
Bagaimana Hacker Mengodam Melalui Facebook Anda
Terdapat banyak perkara yang perlu anda titik beratkan selain daripada privasi apabila anda menggunakan Facebook. Ini disebabkan oleh, Facebook adalah alat utama untuk penjenayah siber menggodam dan mencuri maklumat orang lain.
Tetapi bagaimana mereka melakukan ini, dan apa yang mereka dapat? Terdapat beberapa langkah penjenayah siber menggunakan Facebook untuk menggodam peranti anda dan mencuri maklumat sensitif.
Malvertising

Jika anda rasakan bahawa iklan agak menjengkelkan, bayangkan iklan yang memuat turun malware ke PC anda. Inilah yang boleh terjadi dengan iklan palsu yang dipanggil malvertising. Iklan ini disambungkan ke laman web yang berniat jahat, ia juga akan meminta pelayar anda untuk memuat turun malware ke peranti anda.
Kebelakangan ini Facebook telah mengukuhkan keselamatan melalui platform iklannya tetapi terdapat banyak penjenayah siber yang telah menggodam sekatan rangkaian sosial.
Malvertising sangat berbahaya kerana malware dalam iklan ini boleh mencuri data peribadi, maklumat perbankan dan banyak lagi daripada anda.
Pautan (Link) melalui Facebook Messenger

Link berniat jahat yang dihantar melalui aplikasi messenger adalah salah satu cara yang paling biasa dilakukan untuk menggodam akaun dan menyebarkan virus.
Oleh itu, banyak malware menggunakan Facebook Messenger telah disebarkan. Sehingga Mei 2018, penggodam telah menggunakan platform messenger untuk menipu pengguna supaya memuat turun Chrome extension palsu.
Jangan sesekali tekan pada Pautan (Link)!
Jika anda tekan pada pautan dan ia meminta anda memuat turun fail seterusnya, JANGAN lakukan. Ia adalah penyebaran malware yang wujud untuk mesej kenalan anda. Anda juga harus memastikan bahawa anda mempunyai perlindungan anti-malware yang mencukupi untuk menghalang muat turun secara automatik.
Aplikasi dan Kuiz

Seperti yang diketahui, banyak kuiz (dan aplikasi lain) di Facebook sebenarnya boleh diperoleh dari akaun anda. Cambridge Analytica scandal membuka mata ramai orang awam tentang perkara ini. Beberapa minggu selepas berita mengenai penyalahgunaannya tersebar, mereka mendedahkan bagaimana kuiz yang digelar myPersonality yang mencuri maklumat pengguna dan membiarkannya terdedah kerana keselamatan yang lemah.
Kadang-kala kuiz ini juga menggunakan kod jahat yang menyusup ke dalam PC anda sebaik sahaja anda mengaksesnya. HATI-HATI!
Penipuan Dikongsi Melalui Timeline Post

Ini adalah jenis malvertising, tetapi ia tidak bergantung kepada Facebook untuk menyampaikan iklan di platform mereka, scammer berkongsi melalui garis masa (timeline) atau halaman mereka. Perkongsian ini kemudiannya membawa kepada laman web malware atau penipuan.
Ia seringkali berlaku melalui laman web penipuan yang menjanjikan beberapa jenis hadiah, seperti peluang untuk memenangi wang.
Laman web dalam perkongsian ini cuba meniru seperti laman berita yang sah. Walau bagaimanapun, apabila pengguna melawat halaman tersebut, malware akan cuba memasuki ke dalam peranti pengguna atau pop-up akan muncul. Pop-up ini menyajikan produk palsu, menawarkan item percuma kepada pengguna atau mempromosikan perkhidmatan palsu seperti “peluang Bitcoin yang menakjubkan”. Apabila pengguna menekan pada popup ini, ia akan meminta pengguna untuk memasukkan maklumat pembayaran atau kelayakan lain. Maklumat ini kemudian digunakan untuk mencuri wang, identiti atau akses kepada akaun pengguna.
Sumber: MakeUseOf
Komen