Kebosanan Ketika Penerbangan Bukan Lagi Masalah Dengan WebCopy

1,295

WiFi kini tersedia di hampir kebanyakan lokasi yang dikunjungi seperti restoran, hotel, lapangan terbang, hospital dan lokasi-lokasi lain. Bahkan kadang-kadang menjadi kemestian lokasi yang hendak dikunjungi mestilah mempunyai capaian kepada WiFi secara percuma.

Capaian kepada WiFi di lokasi-lokasi awam

Ada segelintir pengguna internet yang memang bergantung sepenuhnya kepada capaian WiFi percuma dan tidak langsung melanggan data internet untuk telefon pintar mahupun tablet. Cuma, ada beberapa ketika capaian WiFi mungkin tidak tersedia dan kini anda mempunyai alternatif untuk perkara tersebut.

Katakan sebagai seorang Traveler tegar, anda akan menempuhi penerbangan yang panjang selama 12 jam. Sudah semestinya dalam tempoh tersebut tiada capaian WiFi yang disediakan dalam tempoh penerbangan. Pastinya perjalanan anda jadi membosankan.

Jika ebook atau filem kegemaran anda pastinya anda boleh muat turun untuk ditonton secara offline. Tetapi, bagaimana pula dengan laman web kegemaran anda ? Boleh kah ia dilayari secara offline?

Jawapannya BOLEH dengan dengan aplikasi WebCopy ini yang membolehkan anda memuat turun laman web untuk diakses secara offline.

Penyelamat untuk menghilangkan kebosanan ketika penerbangan panjang

WebCopy akan mengambil URL untuk laman web tersebut dan mengimbas untuk mendapatkan pautan, halaman dan media pada laman web tersebut. Ia akan terus melakukan imbasan berterusan sehingga semua pautan, halaman dan media yang tersedia pada laman web tersebut ditemui.

Apabila semua pautan tersedia seperti (gambar di atas), anda boleh menentukan pautan yang mana untuk dimuat turun untuk dibaca secara offline.

Yang menariknya mengenai WebCopy ini adalah,  anda boleh menyediakan tetapan konfigurasi tersendiri untuk laman web yang berbeza walaupun ia dimuat turun pada waktu yang sama. Setiap projek boleh menyalin pelbagai laman web dan anda boleh meletakkannya pada label untuk kerja di bawah kategori yang sama (contohnya untuk berkaitan projek IT, semua pautan boleh letakkan di bawah label IT)

Read More  Bagaimana Hendak Kongsikan Senarai Lagu Spotify Anda Dengan Rakan-Rakan Atau Dunia?

Panduan Muat Turun Aplikasi WebCopy 

Ikuti panduan di bawah untuk menggunakan aplikasi WebCopy :

  1. Setelah selesai memasang aplikasi WebCopy
  2. Pergi ke File > New untuk mencipta projek baru.
  3. Taip pautan URL ke dalam Website.
  4. Tukar destinasi Save folder di lokasi storan untuk dismpan.
  5. Lihat pada Project > Rules… (learn more about WebCopy Rules).
  6. Pergi ke File > Save As… untuk menyimpan projek tersebut.
  7. Klik Copy Website pada toolbar untuk memulakan proses tersebut.

Layari laman web kegemaran anda secara Offline

Setelah proses menyalin selesai, anda boleh menggunakan tab Results untuk menyemak status setiap laman web dan media. Tab Errors akan menunjukkan sebarang masalah yang berlaku ketika proses menyalin. Apa yang lebih penting adalah bahagian Sitemaps akan menunjukkan direktori penuh struktur dan pautan yang ditemui oleh WebCopy

Anda boleh melayari laman web kegemaran anda walaupun secara Offline, dan kebosanan anda ketika menempuhi tempoh penerbangan yang panjang pun berjaya diatasi.

Sumber: Makeuseof

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...