12 Laman Yang WAJIB Anda Lawati untuk Memuat turun Anime secara Percuma

3,684

Ibarat kata pepatah orang Eropah, “Don’t let the child in you die”. Anda tidak seharusnya mengabaikan sisi kanak-kanak anda dalam menempuhi alam dewasa walaupun hanya sekadar menonton kartun atau filem animasi. Ramai antara kita yang cuba melarikan diri daripada realiti dan masuk ke dunia fantasi semata-mata untuk menghilangkan stress. Jika bukan disebabkan oleh stress, anda juga mungkin masih suka menonton media beranimasi. Jika kartun biasa bukan pilihan anda, cuba tonton anime, sebuah bentuk animasi dari Jepun yang mempunyai peminat dari segenap pelusuk dunia. Anda memang seorang peminat anime? Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang laman terbaik untuk memuat turun anime kegemaran anda.

 

Anime merupakan animasi yang dihasilkan secara lukisan tangan atau menggunakan mesin dan berasal dari Jepun. Ia boleh dikenalpasti dengan grafik warna yang terang, karakter yang jelas serta tema yang bersifat fantasi yang menambah rasa pada jalan cerita yang penuh makna. Berbeza daaripada kartun biasa, anime bukan hanya sesuai untuk kanak-kanak malahan untuk orang dewasa juga. Walaupun pada awalnya anime hanya popular di sesetengah negara Asia, genre ini semakin mendapat tempat di hati penduduk Barat.

Walaupun beberapa rangkaian TV seperti Animax dan Toonomi ada menayangkan siri atau filem anime, ia tidak mudah digunakan kerana sangat bergantung pada kekangan yang dimiliki oleh TV satelit dan kabel. Pertama sekali, harga pakej TV tradisional  adalah sangat  tidak masuk akal. Kedua, TV set anda tidak boleh dibawa ke mana saja anda pergi. Ketiga, TV kabel mempunyai sesetengah undang-undang dan rutin yang mungkin tidak sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Hasilnya, terdapat banyak laman sesawang yang membolehkan seseorang menonton anime di atas talian dengan adanya sambungan internet yang stabil. Di sini. kami kongsikan senarai laman web untuk stream anime yang anda inginkan.

Internet Archive

 

Sekiranya laman web yang sah menjadi keutamaan anda, Internet archive adalah salah satu laman web terbaik untuk anda. Cuma klik pada ikon ‘video’ pada penjuru kiri bahagian atas halaman utama. Ia akan menunjukkan semua kategori anime termasuklah seni dan muzik, televisyen. video sukan, berita dan perkembangan terkini, filem pendek, filem, dan animasi. Anime boleh dijumpai di bawah kategori animasi. Namun begitu, kandungan laman ini diperoleh daripada domain awam justeru anda mungkin tidak dapat mencari siri anime atau filem yang terbaru atau popular. Tetapi anda boleh melakukan aktiviti menonton anime klasik secara berterusan. Setelah anda klik pada tajuk yang dikehendaki, ia akan membawa anda ke tetingkap baharu yang disertakan pilihan di sebelah kanan.

Kissanime.ru

Kissanime.ru mungkin adalah salah satu daripada laman anime paling canggih yang ada buat masa sekarang Laman ini disokong oleh pelbagai jenis peranti melalui pelbagai jenis platform. Pengguna bukan sahaja boleh memuat turun anime bersiri, malahan anda juga boleh stream rancangan di atas talian, menonton drama, membaca manga, berdiskusi tentang anime, serta mengirim permintaan kepada laman tersebut. Sama seperti Youtube, Kissanime menawarkan kandungan dalam resolusi yang pelbagai seperti 240p, 360p, 720p, dan 1080p. Anda boleh menetapkan kualiti video mengikut kestabilan sambungan Internet yang diingini. Kissanime mempunyai antara ruang hubung kait yang terbaik di mana kandungan laman ini sentiasa dikemaskini pada setiap hari.

Read More  10 Aplikasi Terbaik Untuk Bersantai, Menenangkan, Dan Menghilangkan Tekanan Anda

9anime.is

Merupakan salah satu laman yang popular, 9anime.to menawarkan anime bersiri serta filem anime yang dipaparkan dalam kualiti yang tinggi. Sekiranya anda mengelak untuk menonton anime kerana kurangnya anime yang mempunyai kandungan sarikata atau alih suara, semestinya laman ini menjadi pilihan anda. Ruang hubung kait penggunanya sangat menarik dan anda boleh memuat turun anime bersiri atau filem anime anda dalam HD (high-definition) tanpa perlu bersusah payah. Mempunyai tajuk yang tersusun di bawah kategori-kategori yang sangat membantu seperti ‘Paling Popular’ atau ‘Akan Datang”, ia sangat memudahkan pengguna untuk memilih tajuk. Namun begitu, ada suatu syarat yang dikenakakan oleh 9anime.is kepada penggunanya. Anda tidak boleh memuat turun sesebuah episod tanpa menontonnya terlebih dahulu. Setelah anda memainkan pemain video sehingga akhir, anda akan menjumpai butang Download di penjuru kanann bahagian bawah tetingkap media streaming.

Chia-Anime.TV

Chia-Anime mempunya reka bentuk dan layout di mana sangat mudah untuk anda mencari tajuk yang anda ingini. Ini membenarkan pengguna untuk stream dan muat turun anime dalam format mp4 dengan cepat. Setelah anda klik pada tajuk tersebut,  anda akan lihat pilihan muat turun di bawah skin media yang sedang dimainkan. Selain daripada anime bersiri, anda juga boleh menonton filem anime dan baca manga secara percuma. Keistimewaan Chia-Anime yang lain daripada yang lain ialah ia memuat naik episod terbaru sebelum laman-laman yang lain. Tambahan pula, anda juga boleh dapatkan kandungan dalam HD dan tontoninya dalam komputer riba, komputer meja ataupun telefon pintar anda. Walaubagaimanapun, anda perlu ingat bahawa anda tidak boleh memuat turun kesemua episod dalam suatu rancangan sekaligus.

Mesterani.me

Masterani.me mempunyai reputasi dalam memuatnaik kandungan tepat pada masanya, sesuatu yang agak lain daripada yang lain dalam perkhidmatan percuma. Ia juga merupakan laman muat turun anime terbaik untuk tahun 2018. Anda boleh memuat turun dalam kualiti SD atau HD. Pengguna boleh klik pada tab ‘anime’ pada penjuru kanan bahagian atas laman utama. Anda akan dibawa ke suatu laman yang mempunyai imej kecil anime bersiri bersama rating, jumlah episod, dan tarikh ditayangkan. Terdapat juga ikon “Genre” pada bahagian kanan di atas untuk membantu anda memilih tajuk. Masterani juga mempunyai ruang hubung kait yang bersih dan menarik perhatian. Terdapat juga kategori jadual penayangan untuk memberitahu anda maklumat dan apa–apa tambahan yang mampu menjimatkan masa anda.

Read More  Apple Akan Mengeluarkan Semula iPod Pada Tahun ini

Animetosho.org

Animetosho.org merupakan laman muat turun anime torrent yang mana anda juga boleh bersembang tentang perkara-pekara yang menarik bersama peminat anime yang lain. Reka bentuk dan ruang hubung kait walaubagaimanapun agak berserabut. . Animetosho juga mempunyai isi kandungan  anime bersiri yang luas dan pelbagai dan membolehkan pengguna untuk memuat turun sesebuah tajuk sendiri mengunnakan fail peringkat hosting.  Sekiranya didapati bahawa sukar untuk anda mencari kandungan yang diingini, anda boleh menaip tajuk atau sebahagian daripada tajuk anime yang diingini di bar pencarian bertempat di penjuru kiri bahagian atas laman utama.

Animecruzers.io

Dengan reka bentuk ruang hubung kait yang simple dan tidak berserabut, animecruzers.io membenarkan peminat memuat turun episod lama dan juga episod baru terlebih dahulu. Laman utamanya memaparkan senarai episod terbaru yang telah ditambah dalam isi kandungan Animecruzer. Anda boleh memilih salah satu daripada tajuk tersebut ataupun menaip tajuk di bar pencarian di bahagian kanan skrin anda. Kandungan laman ini boleh dimuat turun dalam 420p, 720p dan 1080p manakala saiz fail berbeza-beza daripada 60 MB ke 120MB berdasarkan kualiti video yang dipilih.

Animeworldbd.com

Animewordbd.com merupakan salah satu daipada laman muat turun anime terbaik percuma. Ruang hubung kaitnya sangat mudah digunakan dan dijalankan dengan prinsip tiada periklanan. Seseorang boleh menonton anime bersiri di atas talian, memuat turun laman sesawang secara terus, atau muat turun sedikit demi sedikit. Namun begitu, disebabkan laman ini tidak disokong oleh iklan komersial dan menawarkan kandungan secara percuma, mereka tidak akan memuat naik episod baru kecuali sekiranya mereka menerima pertolongan dan derma daripada pengguna lain. Jangan bimbang, sama ada orang ramai memberi sumbangan atau tidak, laman web ini tidak akan ditutup buat masa sekarang.

Project-Gxs.com

Project-Gxs merupakan salah satu laman yang paling digemari ramai di mana kandungan boleh didapati dalam 720p dan 1080p. Peminat juga boleh mengirim permintaan anime sekiranya ia hilang atau tidak dijumpai di laman tersebut. Anda perlu cari tajuk berdasarkan kategori yang berbeza-beza  termasuklah “Ongoing,” “Completed” dan “Blu-ray”. Seteleh anda memilih suatu episod, ia akan dipaparkan dalam suatu halaman dengan sedikit rumusan plot. Anda akan lihat suatu senarai episod yang diperlukan dan episod yang ada untuk dimua t turun bersama saiz yang disebut di sebelah nombor episod. Suatu episod boleh dimuat turun menggunakan pilihan muat turun terus tetapi sekiranya mahu muat turun dalam kuantiti yang banyak, anda boleh menggunakan pautan torrent di bawah.  Selain itu, anda juga boleh memeriksa seksyen berita mereka di mana anda juga boleh mendapatkan perkembangan terbaru dan terkini untuk kandungan serta pengumuman menganai apa-apa isu teknikal.

Read More  Apakah Perbezaan Antara Folder "Program Files (x86)" dan "Program Files" di Windows?

Anidb.net

Anidb ialah inisiatif organisasi yang tidak berasaskan keuntungan kepada peminat anime. Hal ini bermakna laman web ini tidak seharusnya disokong oleh iklan dan juga tiada spyware kerana privasi pengguna adalah sangat penting bagi mereka. Di sebelah kiri halaman utama, anda akan jumpa tab seperti Search, Season Chart, Random, Collection, Clubs, Creators, Latest, dan Anime. Anda boleh mencari anime yang dikehendaki di indeks anime yang disusun mengikut susunan huruf atau terus pergi ke bar Search untuk mencari anime yang anda mahukan. Anda turut boleh pergi ke kategori-kategori yang telah disebut sekiranya anda perlu bantuan dengan pemilihan dan segera muat turun anime yang diminati tersebut.

Animeout

Animeout.xyz mampu mencuri perhatian peminat laman web streaming yang menyukai reka bentuk yang menarik kerana reka bentuk lamannya yang sangat kreatif. Laman ini mempunya 1000 anime yang dikodkan pada hari ini dengan muat naik yang kerap pada setiap hari. Pada bahagian atas laman utama, anda akan nampak bar navigasi yang berbeza seperti “All Relases”, “Downloads”, “Requests”, dan “Anime Recommendations”. Di bawah “Download”, anda boleh memilih sama ada siri yang sedang ditayangkan, habis ditayangkan dan filem anime. Sambil anda skrol ke bawah, anda akan lihat slider mengandungi imej kecil anime bersiri di bawah “Featured Anime”. Kandungan boleh dimuat turun dalam kedua-dua resolusi, 480p dan 720p. Setelah anda pilih rancangan anime anda, ia akan membekalkan maklumat seperti genre, rating, waktu tayangan dan jumlah episod.

TokyoInsider

TokyoInsider mempunyai kandungan anime bersiri yang sangat banyak. Pengguna boleh memilih suatu episod menggunakan kategori seperti “New Releases” atau dengan cara menaip tajuk anime yang dikehendaki pada bar carian (terletak di penjuru kanan bahagian atas laman utama). Ia adalah salah satu laman yang memaparkan rancangan anime yang terbaru dan popular jadi sekiranya anda baru saja berjinak-jinak dengan dunia anime, TokyoInsider sangat sesuai sebagai laman pilihan anda. Walaubagaimanapun, tidak seperti laman-laman yang lain, laman ini memerlukan anda untuk mendaftar diri sebelum mula menonton. Jangan bimbang, semua adalah percuma

 

Kredit: DreamyTricks

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...