Apakah yang Perlu Dilakukan apabila Sambungan Internet Rumah Anda Tidak Memuaskan?

428

Sambungan internet yang sangat perlahan boleh berpunca daripada masalah konfigurasi yang dialami oleh router jalur lebar, gangguan tanpa wayar, atau isu teknikal lain yang dialami sambungan rangkaian rumah anda. Gunakan tips-tips ini untuk mengenalpasti serta mengatasi masalah internet anda yang perlahan.

Periksa Tetapan Router Anda

Disebabkan ia pusat sesebuah rangkaian, router jalur lebar bertanggungjawab dalam menyebabkan sambungan internet anda menjadi perlahan sekiranya tidak dikonfigurasi dengan betul. Sebagai contoh, tetapan MTU pada router anda boleh memberi kesan kepada kelajuan internet apabila ia ditetapkan sama ada terlalu tinggi ataupun terlalu rendah. Pastikan semua tetapan router konsisten dengan dokumentasi pengilang dan cadangan penyedia khidmat Internet (ISP). Rekodkan sebarang perubahan yang anda lakukan pada konfigurasi router anda supaya anda boleh mengundurkan semula perubahan-perubahan yang telah dilakukan jika perlu.

 Elakkan Gangguan Signal Tanpa Wayar

Wi-Fi dan pelbagai jenis sambungan tanpa wayar sering mengalami gangguan signal yang memerlukan komputer dan peranti menghantar mesej secara berterusan untuk mengatasi isu signal menyebabkan sambungannya perlahan. Untuk mengelakkan sambungan internet yang perlahan disebabkan gangguan signal, tukar posisi router dan ubah nombor saluran Wi-Fi anda. Dalam erti kata lain, lebih dekat peranti anda dengan router, lebih baik sambungan Wi-Fi.

Berhati-hati dengan Cacing Komputer dan Perician Perosak

Cacing internet ialah sejenis perisian perosak yang mampu merebak daripada satu peranti ke perenati yang lain melalui rangkaian komputer. Jika salah satu daripada komputer anda diserang mana-mana perisan perosak, trafik rangkaian mungkin mula dijana tanpa pengetahuan anda. Pastikan perisian anti-virus anda dikemas kini supaya peranti anda bebas perisian perosak.

Hentikan Perisian Aplikasi Yang Menggunakan Data Tanpa Anda Sedari

Sesetengah perisian aplikasi di komputer menjalankan proses di belakang tabir yang tersembunyi di sebalik aplikasi lain dan senyap-senyap menggunakan sumber rangkaian. Tidak seperti perosak perisian, aplikasi-apliaksi ini direka untuk melakukan tugasan dan bukanlah aplikasi yang selalunya dibuang. Program dan permainan yang mempunyai video boleh memberi kesan yang besar pada rangkaian anda menyebabkan sambungan internet anda tampak perlahan. Sememangnya kita mudah lupa akan kewujudan aplikasi-aplikasi ini. Periksa komputer anda untuk sebarang program yang bekerja di belakang tabir sewaktu anda menyelesaikan masalah rangkaian internet yang perlahan.

Read More  Solusi Kepada Masalah Dalam Aplikasi Whatsapp

Pastikan Router dan Peralatan Rangkaian Lain Berfungsi dengan Baik

Apabila router, modem, atau kabel tidak berfungsi, mereka tidak mampu menampung trafik rangkaian dengan kelajuan penuh. Masalah-masalah yang timbul pada peralatan rangkaian akan menyebabkan kesan negatif ke atas prestasi kelajuan rangkaian walaupun rangkaian masih tetap ada. Untuk mengenal pasti sama ada peralatan rangkaian mempunyai masalah atau tidak, susun semula dan ubah peranti anda sambil mencuba dengan konfigurasi lain. Cuba lakukan pintasan pada router anda, tukar kabel, dan ujinya dengan peranti-peranti lain untuk mengasingkan masalah kelajuan internet yang perlahan kepada komponen sistem yang sistematik. Kemudian, tentukan sama ada peralatan tersebut perlu dinaik taraf, dibaiki, ataupun diganti dengan yang baru.

Hubungi Penyedia Khidmat Internet Anda (ISP)

Kelajuan internet sangat bergantung pada penyedia khidmatnya. Penyedia khidmat Internet anda mungkin telah menukar konfigurasi rangkaiannya atau sedang mengalami masalah teknikal yang secara tidak langsung menyebabkan anda turut terkesan. Penyedia khidmat   Internet anda mungkin juga telah meletakkan penyaring atau mengawal internet anda menyebabkan kelajuan jaringan internet terhad. Jangan teragak-agak untuk menghubungi penyedia khidmat Internet anda sekiranya anda mengesyaki bahawa merekalah dalang di sebalik masalah yang membelenggu anda ini.

 

Kredit: Lifewire

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...