Cara-Cara untuk Menambah Sambungan di Chrome

95

Sambungan pelayar ialah sejenis perisian yang boleh ditambah ke dalam pelayar untuk menambahkan keupayaan pelayar yang terhad. Sticky Notes, contohnya merupakan perisian pelayar Chrome yang memudahkan anda untuk mencatat nota di dalam Chrome sewaktu anda sedang membaca artikel atau menonton video. Anda juga mungkin memerlukan sambungan untuk menangkap skrin dalam pelayar anda, memeriksa ejaan ataupun memaparkan lirik lagu untuk video muzik Youtube. Terdapat pelbagai jenis sambungan yang memenuhi pelbagai jenis tujuan.

Sambungan Google Chrome boleh dimuat turun daripada Chrome Web Store dan juga laman bukan rasmi yang menawarkan fail CRX. Sambungan ini hanya boleh didapati di komputer atas meja-tidak pada aplikasi mudah alih Chrome- dan sangat mudah untuk dipasang. Google juga menggunakan aplikasi sesawang, tetapi mereka tidak sama seperti sambungan.

Cara-cara untuk memasang Sambungan Rasmi Google Chrome

Untuk memuat turun sambungan Google Chrome daripada lokasi rasmi yang dibenarkan,

  1. Lawati Chrome Web Store untuk mencari sambungan yang diingini.
  2. Klik pada sambungan tersebut untuk membuka halaman Details untuk maklumat lanjut.
  3. Klik pada butang Add to Chromebutton.
  4. Klik pada Add extension dalam kotak pengesahan.
  5. Butang tersebut akan berubah kepada Checking… dan kemudian kepada Added to Chrome apabila pemasangan sudah siap.

Cara-cara untuk memasang Sambungan Tidak Rasmi Chrome 

Anda boleh membina sambungan Google Chrome sendiri dan tidak meletakkanya di Google Chrome Store. Anda juga boleh memuat turun fail CRX daripada orang lain di atas talian. Sambungan-sambungan ini tidak boleh dipasang dengan cara yang sama seperti memasang sambungan daripada Chrome Web Store. Setelah anda menyimpan sambungan Chrome di computer anda dalam format CRX:

  1. Buka butang menu pada bahagian atas Chrome. Ia adalah salah satu daripada tiga titik yang terdapat di situ.
  2. Akses ke menu More tools >Extensions .
  3. Pindahkan slaid bersebelahan mod Developer di bahagian atas penjuru kanan skrin
  4. Jika fail sambungan bukan fail ZIP, gunakan CRX Extractor untuk mengekstrak fail CRX dan tukarkannya kepada fail ZIP.
  5. Klik pada Load Unpacked pada bahagian atas skrin mod Developer mode
  6. Navigasi skrin sehingga fail ZIP yang mengandungi sambungan dapat dibuka. Sorotinya dan tekan Select.
  7. Klik Add extension apabila diminta untuk berbuat demikian pada skrin pengesahan.
Read More  Cara Untuk Menyekat Iklan Di Youtube!

Cara-cara untuk memuat turun Sambungan Chrome tanpa perlu Memasangnya

Jika anda ingin memuat turun fail CRZ daripada Chrome Web Store tetapi tidak mahu memasangnya secara automatic, ikuti langkah-langkah ini:

  1. Salin URL sambungan daripada Chrome Web Store.
  2. Buka Chrome Extension Downloader.
  3. Tampalkan URL itu di ruang teks Chrome Extension Downloader.
  4. Anda mungkin perlu klik Keep apabila Chrome sedang mencuba untuk memuat turun fail CRX tersebut.

Kredit: Lifewire

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...