4 Aplikasi Terbaik untuk Membantu Anda Berjimat Cermat

161

Semua orang memahami keperitan apabila memeriksa penyata bank bulanan anda dan melihat caj yang banyak dikenakan kepada perkhidmatan yang tidak digunakan. Tambah memburukkan lagi keadaan adalah apabila anda sendiri tidak pernah sedar akan bayaran ekstra berkaitan dengan pelbagai pembelian yang dilakukan dalam kehidupan seharian.

Oleh sebab kita tidak mampu mengupah golongan kewangan profesional untuk bekerja sepenuh masa untuk membantu menguruskan kewangan kita, pelbagai aplikasi telah diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu untuk mengatasi masalah ini.

Aplikasi-aplikasi ini yang bekerja di belakang tabir, tanpa memerlukan usaha yang banyak daripada pengguna, menentukan bagaimana untuk menyimpan sedikit demi sedikit wang anda dalam pelbagai bentuk dengan cara yang tidak diketahui sehingga jumlahnya meningkat. Berikut merupakan beberapa aplikasi yang terbaik untuk membantu anda menyimpan wang yang selama ini dibazirkan tanpa anda sedari.

Joy

Sumber: iStockPhoto

Joy ialah sebuah aplikasi pintar baharu yang menggunakan taktik psikologi yang sering digunakan oleh aplikasi-aplikasi janji temu. Berlainan dengan aplikasi janji temu yang menajaga kebajikan dunia cinta penggunanya, sebaliknya Joy membantu dalam menjaga kebajikan dompet anda. Joy menawarkan jurulatih pengurus wang alam maya khusus yang diacu supaya arif dengan tabiat kewangan anda.

Aplikasi ini direka menggunakan kepakaran pasukan ahli psikologi klinikal dan saintis neuro. Dalam aplikasi ini, anda dikehendaki untuk menilai pembelian yang telah dilakukan sama ada anda gembira atau tidak dengan pembelian tersebut, memaksa anda betul-betul menilai jika makanan tengahari yang berharga RM20 sepinggan tadi berbaloi atau tidak.

Aplikasi ini seterusnya membantu anda mencari ruang dan aspek lain dalam kehidupan yang boleh membantu anda untuk berjimat serta memberikan cadangan simpanan wang pada setiap hari. Hatta sekupang pun boleh disimpan dalam akaun simpanan insurans anda.

Read More  5 Alasan Microsoft Dapat Lindungi Keselamatan PC Anda

Boleh didapati di: iOS

Trim

Sumber: iStockphoto

Anda mungkin pernah terfikir “Alangkah indahnya sekiranya saya mempunyai pembantu yang mampu mengasingkan pelbagai jenis bil saya ini” Buat golongan marhaen seperti kita, Trim meniru tugasan yang nampak biasa namun penting iaitu memeriksa mana-mana pembelian yang mampu dipotong dan dijimatkan.

Aplikasi ini berhubung terus dengan akaun bank anda, dengan sistem keselamatan sulit supaya anda tidak perlu risau akan kehilangan duit anda, dan menganalisis perbelanjaan anda. Ciri utama aplikasi ini ialah memaparkan pembayaran harian yang boleh disingkirkan dan dijimatkan dengan banyak.

Trim membantu anda untuk mengenalpasti dan membatalkan langganan yang tidak lagi diperlukan atau diingini, serta berunding untuk mengurangkan harga bil telefon bagi pihak anda, sesuatu yang agak menjengkelkan dan mahal sekiranya perbincangan dilakukan dalam telefon, namun sangat membantu untuk anda lebih berjimat setiap bulan. Trim tidak didapati dalam aplikasi mudah alih-anda perlu mendaftar di Go.Atskrim dan ia berfungsi melalui teks pesanan telefon anda.

Boleh didapati di: Teks     

Honey

Sumber: iStockPhoto

Ramai antara kita kini yang membeli belah barangan atas talian secara pukal kerana kemudahan yang ada sukar untuk ditolak. Namun, terdapat pelbagai cara bijak untuk mengurangkan pengaliran wang anda di atas talian.

Selain daripada mengumpul sendiri kod promosi di kedai perabot atau pakaian kegemaran anda, muat turun aplikasi Honey, sambungan pelayar yang mencari diskaun yang terdapat pada mana-mana pembelian yang telah anda lakukan.

Honey akan mencuba dan menguji pelbagai kod yang didapati ke dalam troli belian di J. Crew, contohnya, untuk mengurangkan jumlah akhir pembelian anda. Aplikasi Honey dijangka untuk turut dilancarkan sebagai aplikasi mudah alih pada tahun ini.

Read More  Google Masih Mengesan Anda Walaupun "Location History" Anda Ditutup

Boleh didapati di: Desktop

Wallaby

Kredit merupakan salah satu perkara yang sukar difahami oleh mana-mana usia sekalipun. Biarpun kredit penting untuk dikumpul supaya mudah untuk kita mendapatkan pinjaman rumah dan kereta, tiada siapa mahu menghadap jumlah kad kredit menggunung yang menjanjikan ganjaran-ganjaran menarik.

Wallaby membawa anda terus kepada kad kredit yang anda mungkin berminat untuk menggunakannya berdasarkan ganjaran kepada pelbagai jenama dan peruncit serta kadar faedahnya. Suka menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan tertentu? Wallaby akan menunjukkan anda kad yang mampu membantu menjimatkan kos penerbangan. Aplikasi ini juga turut memantau transaksi anda bagi memastikan anda mendapat bonus penuh dan mengetahui perbelanjaan kredit. Reka bentuk aplikasi yang teratur memudahkan anda untuk mengenalpasti kad mana yang mahu digunakan di tempat-tempat tertentu.

Kredit: Money

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...