Aplikasi Terbaik Untuk Pembelajaran Kanak-kanak
Aplikasi Untuk Pembelajaran Kanak-kanak (5-8 Tahun)
Apabila kanak-kanak telah melangkah ke alam persekolahan peringkat rendah, penggunaan peranti mudah alih perlu sentiasa dikawal. Kebanyakan sekolah peringkat rendah kini telah menggunakan peranti ini sebagai medium untuk pembelajaran. Terdapat pelbagai aplikasi yang popular daripada pelbagai kategori dalam menjadikan pembelajaran lebih menarik untuk kanak-kanak.
Aplikasi Terbaik Untuk Matematik
Monster Math

Matematik merupakan subjek yang agak merumitkan untuk sesetengah kanak-kanak dan ibu bapa. Monster Math akan menjadikan matematik mudah difahami dengan permainan yang menyeronokkan disamping mengajar beberapa asas pembelajaran di peringkat awal sekolah rendah.
- Sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 7 tahun
- Tersedia dalam: iPhone/iPad, Android dan Amazon Fire
DragonBox Algebra 5+

Aplikasi ini menggunakan beberapa konsep asas matematik dan algebra seperti membatalkan nombor dan huruf constant yang sama dan dijadikan sebagai permainan. Pada awal permainan ia lebih tertumpu kepada pembatalan, bukan matematik itu sendiri, dan apabila kanak-kanak meneruskan misi, bahagian matematik akan dimasukkan. Secara tidak sedar, beberapa konsep asas ini telah digunakan.
- Sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 7 tahun
- Tersedia dalam: iPhone/iPad, Android dan Amazon Fire
Aplikasi Terbaik Untuk Bacaan
MeeGenius

Sama seperti Epic, MeeGenius berfungsi untuk langganan bulanan. Tetapi MeeGenius memberi tumpuan terutamanya kepada pembaca yang lebih muda yang memberi buku dengan ilustrasi yang hebat dan mempunyai ciri-ciri bacaan yang sangat baik. MeeGenius juga terdapat buku percuma, anda boleh menikmatinya tanpa melanggan.
- Sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun
Epic!

Aplikasi ini merupakan Netflix versi buku kanak-kanak. Walaupun ia memerlukan langganan bulanan, kanak-kanak boleh mengakses ke perpustakaan buku-buku popular yang mempunyai pelbagai genre. Ibubapa juga boleh menjejaki kemajuan anak.
- Sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 8 tahun
- Tersedia dalam: iPhone/iPad, Android dan Amazon Fire
Aplikasi Terbaik Untuk Pendidikan
ABCMouse

Aplikasi ini ialah aplikasi pendidikan yang paling popular dan paling banyak digunakan oleh kebanyakan sekolah. ABCMouse menampilkan berpuluh-puluh permainan pendidikan dan latihan. Ia juga mempunyai koleksi buku untuk dibaca dan lagu untuk dinyanyi. Langganan bulanan memberikan akses kepada aplikasi pada telefon pintar dan tablet serta laman web itu sendiri.
- Sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 7 tahun
- Tersedia dalam: iPhone/iPad, Android dan Amazon Fire
Khan Academy

Aplikasi pendidikan percuma ini telah menjadi salah satu aplikasi yang popular di Internet. Pelajaran melalui Khan Academy termasuk matematik, sains, ekonomi, kewangan, sains komputer dan lain-lain. Ini merupakan aplikasi yang boleh digunakan oleh ibu bapa dan anak-anak untuk terus belajar.
- Sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 ke 8 tahun dan ke atas
- Tersedia dalam: iPhone/iPad dan Android
Aplikasi Selamat Untuk Video Streaming
Disney Movies Anywhere

Disney telah memaksa pembekal seperti Apple, Google dan Amazon untuk menyertai program Disney Anywhere yang berkongsi filem mereka yang membolehkan anda membeli. Anda juga boleh memuat turun aplikasi Disney Movies Anywhere untuk mendapatkannya koleksi filem Disney.
YouTube Kids

Kanak-kanak sangat gemar menonton YouTube, tetapi terdapat banyak kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kank. Bagaimana anda menyelesaikan masalah ini? YouTube Kids. Senarai video YouTube membolehkan anak anda menyemak imbas video yang sesuai dengan usianya di YouTube dengan selamat.
Aplikasi Permainan Menarik
LEGO: Creator Islands

Creator Islands sangat dekat dengan konsep teras banggunan dengan LEGO dan merupakan cara terbaik untuk anak anda merasai ke LEGO. Creator Islands menyajikan teka-teki kepada anak-anak dalam bentuk kenderaan dan bangunan yang mesti dibina daripada LEGO, yang membolehkan anak anda bereksperimen.
- Sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 ke 6 tahun
- Tersedia dalam: iPhone/iPad dan Android
Disney Crossy Road

Disney Crossy Road ialah seperti versi Frogger lama yang tidak berkesudahan. Versi Disney menambah watak-watak Disney, menjadikannya permainan hebat untuk penonton yang lebih muda atau sesiapa yang menyukai Micky, Donald dan lain-lain.
- Sesuai untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 8 tahun
- Tersedia dalam: iPhone/iPad, Android dan Amazon Fire
Sumber: Life Wire
Komen