Jadikan Video Sebagai Wallpaper Anda!

484

Bagaimana Tetapkan Live Wallpaper

Wallpaper video juga dikenali sebagai live wallpaper, membuatkan latar belakang anda telefon anda bergerak atau menunjukkan klip video pendek.

Wallpaper dan Wallpaper Video

Wallpaper ialah gambar pada latar belakang pada telefon pintar anda. Kebanyakan telefon didatangkan dengan beberapa pilihan pra-pemasangan wallpaper untuk dipilih. Sesetengah telefon juga mempunyai had dalam pemilihan live wallpaper. Live wallpaper ialah video atau GIF yang digunakan sebagai latar belakang telefon anda.

Ramai pengguna mengetahui cara untuk menukar wallpaper biasa kepada imej dalam telefon anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin tidak tahu bahawa anda boleh menggunakan video sebagai live wallpaper pada telefon anda.

Tetapkan Video Sebagai Wallpaper pada Android

Bergantung kepada model telefon Android anda, mungkin telah tersedia aplikasi atau ciri yang telah dipasang untuk menukar video ke dalam format yang boleh digunakan sebagai wallpaper video. Selain itu, terdapat juga aplikasi dalam Play Store untuk menukar video ke dalam live wallpaper, seperti VideoWall dan Live Wallpaper Video.

Jika telefon anda didatangkan dengan ciri tersedia tanpa perlu memuat turun aplikasi, ikuti langkah ini:

  1. Pergi ke Settings > Display > Wallpaper
  2. Anda akan diberi senarai pilihan seperti Gallery, Live Wallpaper, Photos, Wallpapers dan Zedge.

Nota: Jika anda memasang Zedge atau aplikasi wallpaper lain, ia akan tersenarai di bahagian bawah.

  1. Pilih Anda akan dapat lihat senarai folder daripada galeri anda.
  2. Pilih klip video yang anda mahu jadikan sebagai live wallpaper anda. Tekan Set wallpaper.
  3. Wallpaper anda kini tersedia pada latar belakang telefon anda.

Tetapkan Video Sebagai Wallpaper pada iPhone

iPhone 6S atau 6S+ ke atas boleh menggunakan video sebagai wallpaper. Langkahnya:

  1. Pergi ke Settings > Wallpaper
  2. Tekan Choose a new wallpaper
  3. Anda akan diberi 4 pilihan iaitu: Dynamic, Stills, Live atau pilih dari folder gambar. Pilih Live
  4. Pilih klip video dan live wallpaper anda kini tersedia
Read More  Bagaimana Untuk Setup dan Menggunakan Cortana di Windows 10

Sumber: Life Wire

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...