Dapatkan Jawatan Kosong Melalui Search Engine Ini
Dapatkan Pekerjaan Untuk Job Seekers
Jika anda merupakan salah seorang yang masih mencari pekerjaan, anda WAJIB melihat senarai search engine dalam web terbaik ini. Kesemua search engine ini menawarkan ciri yang unik dan boleh selaraskan pencarian anda agar lebih efektif.
Monster.com

Monster.com adalah search engine paling lama dalam Web. Walaupun beberapa fungsinya telah berkurang sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh kekurangan penapisan yang baik dan terlalu banyak spam, ia masih menjadi laman web penting dalam pencarian kerja. Anda boleh membuat pencarian berdasarkan lokasi, keyword dan majikan. Monster juga mempunyai ciri tambahan iaitu; rangkaian, makluman carian pekerjaan, dan kiriman resume online.
Majikan juga boleh menggunakan Monster.com untuk mencari pekerja.
Indeed

Indeed.com merupakan search engine yang terbaik untuk mencari kerja dengan keupayaan untuk menghasilkan resume dan menghantarkannya ke majikan dengan carian keyword, pekerjaan dan lain-lain. Anda juga boleh mendaftar untuk mendapatkan maklumat pekerjaan melalui emel.

LinkedIn.com menggabungkan yang terbaik dari dua dunia: keupayaan untuk menjelajah Internet untuk mencari pekerjaan melalui search engine, dan peluang untuk berhubung dengan rakan-rakan dan individu lain.
Craigslist

Terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang menarik dalam Craigslist. Anda hanya perlu mencari pekerjaan mengikut kategori. Anda juga boleh sediakan pelbagai RSS feed yang berkaitan dengan pekerjaan yang anda cari di mana-mana sahaja lokasi.
Perhatian: Craigslist ialah pasaran percuma dan kemungkinan pekerjaan yang dipaparkan merupakan penipuan. Berhati-hati dengan setiap pekerjaan yang anda ingin mohon.
Diharap posting ini dapat membantu dalam pencarian pekerjaan anda. Terima kasih!
Sumber: Life Wire
Komen