Atasi Masalah Skrin Kosong Di Youtube!

869

Pernah tak anda mendapati skrin anda tiba-tiba kosong apabila anda mainkan video dari YouTube atau video Flash dalam Mac OS X anda? Masalah video Flash tidak dapat dimainkan dari browser seperti Safari, Firefox dan Google Chrome dalam Mac OS X dapat diatasi dengan mengaktifkan Adobe Flash Player.

YouTube sudah tidak menggunakan Flash. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak laman web yang masih menggunakan Flash. Langkah terperinci akan disenaraikan dalam artikel ini untuk menyelesaikan isu ini.

YouTube Blank Player
Sumber: Google Image

Buang dan Pasang Semula Adobe Flash Player (Pastikan anda memasang versi yang terkini)

Mulakan dengan layari laman web rasmi Adobe dan muat turun Flash Player uninstaller untuk OS X. Buka fail tersebut dan buang Flash Player dari Mac anda dan restart komputer anda.

Setelah komputer anda dihidupkan, teruskan ke halaman Adobe.com untuk memuat turun versi terkini Flash Player.

Aktifkan Flash Dalam Chrome / Safari

Dalam chrome, tekan Settings. Pilih Advanced. Di bawah Privacy & Security, tekan Content Settings.

Sumber: Google Image

Cari Flash, aktifkan Ask First (recommended).

Sumber: Google Image

Jika anda sudah memasang Flash untuk Safari tetapi masih tidak berfungsi, anda perlu mengaktifkan plugin. Untuk melakukan ini, buka Safari dan tekan pada Safari di bahagian atas dan pilih Preferences.

Tekan pada tab Websites, terdapat bahagian yang dipanggil Plug-ins. Pastikan Adobe Flash Player telah ditanda.

Sumber: Google Image

Secara default, anda perlu aktifkannya bagi setiap laman web.

Tetapkan Semula Safari, Firefox, Chrome dan Kosongkan Cache

Jika Flash Player masih tidak berfungsi, anda perlu mencuba untuk menghapuskan cache browser anda, keluar dari browser dan restart.

Untuk Chrome, anda perlu menekan menu dan pilih More Tools dan pilih Clear Browsing Data. Pastikan anda tandakan Cached images and files dan tekan butang Clear Data. 

Read More  Ini Cara Terbaik Untuk Melakukan Root Pada Peranti Android Anda
Sumber: Google Image

Aktifkan JavaScript dan Matikan Penyekat Popup

Kebanyakan Flash memerlukan JavaScript, jadi jika anda mempunyai extension yang menyekat JavaScript, anda perlu mematikannya. Anda juga perlu ke tetapan browser dan pastikan JavaScript diaktifkan.

Sumber: Google Image

Anda juga boleh mematikan penyekat popup untuk sesetengah laman web yang akan hadapi isu ini.

Sumber: Google Image

Matikan Hardware Acceleration Flash

Jika skrin kosong semasa memainkan video dari YouTube, right-click pada kawasan kebiasaannya video dimainkan untuk mendapatkan menu Flash Player. Pilih Settings daripada menu. Unselect pilihan Enable hardware acceleration dan tekan butang Close.

Jika anda tidak dapat menu dari right-click, layari halaman Adobe help dan right-click pada logo Flash. Sekiranya anda tidak dapat melihat logo Flash, itu bermakna Flash tidak dipasang dengan betul.

Sumber: Google Image

Tutup browser, buka semula dan uji Flash untuk melihat ia berfungsi.

Tandakan Tetapan HTML 5 YouTube

YouTube disokong sepenuhnya HTML 5. Jika anda layari URL, https://www.youtube.com/html5, anda akan dapat menanda ciri-ciri HTML 5. Jika tidak ditanda semua, ini bermaksud browser anda tidak dikemas kini.

Sumber: Google Image

Diharap post ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan isu ini. Terima kasih!

Sumber: Online Tech Tips

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...