Semak Aplikasi yang Diakses Menggunakan Akaun Google dan Facebook Anda

470

Adakah anda pengguna tegar tool Google? Pernahkah anda menggunakan akaun Google anda untuk log masuk ke aplikasi pihak ketiga? Sering kali mengambil kuiz yang dihantar oleh rakan melalui Facebook? Ataupun, dengan Google, pernah menggunakan akaun Facebook anda untuk log masuk ke aplikasi pihak ketiga ataupun laman web?

Akhir sekali, anda sering menerima berita terkini tentang syarikat media sosial? Selain menggunakan kata laluan dan two factor authentication, anda juga perlu mengambil langkah keselamatan yang lebih selamat dengan polisi aplikasi / modul / laman web yang anda beri keizinan untuk mengakses akaun Google dan Facebook anda.

Melalui artikel ini, anda akan mendapat maklumat bagaimana untuk melihat, semak, menentukan dan memadam aplikasi daripada dihubungkan dengan akaun Google dan Facebook anda.

Aplikasi yang Diakses Dengan Akaun Google

Andaikan dari semasa ke semasa, anda menggunakan akaun Google anda untuk log masuk ke aplikasi pihak ketiga. Langkahnya:

Sumber: Online Tech Tips

Keluarkan Akses Pihak Ketiga

Ketahui bagaimana untuk memantau dan mengeluarkan aplikasi yang disambungkan dengan akaun Google. Log masuk ke akaun Google anda menggunakan web browser.

Bahagian atas kanan skrin, anda akan lihat gambar profil anda. Tekan dan pilih My Account.

Sumber: Online Tech Tips

Ini adalah halaman My Account termasuk beberapa modul seperti keselamatan, privasi dan pilihan.

Sumber: Online Tech Tips

Pilih Sign-in & Security dan pilih Apps with account access.

Sumber: Online Tech Tips

Pada halaman Apps with account, tekan Manage Apps untuk mendapat senarai penuh aplikasi.

Sumber: Online Tech Tips

Google telah meletakkan aplikasi ke dalam kumpulan. Memaparkan aplikasi pihak ketiga yang diakses ke akaun anda.

Sumber: Online Tech Tips

Semak senarai tersebut untuk aplikasi yang anda tidak gunakan lagi. Pilih satu aplikasi. Anda akan dapat melihat butiran termasuk aplikasi yang diakses dan tahap akses. Untuk mengeluarkan aplikasi ini, tekan Remove Access.

Read More  Sistem Percuma Untuk Bisnes Anda
Sumber: Online Tech Tips

Google akan memaparkan pop-up yang memberitahu anda telah mengeluarkan aplikasi tersebut. Tekan OK, kemudian Google akan mengeluarkan aplikasi tersebut daripada senarai.

Aplikasi yang Diakses Dengan Akaun Facebook

Kebanyakan laman web untuk pengguna baru akan log masuk menggunakan akaun Facebook. Jika anda sering menggunakan aplikasi permainan dan kuiz yang dikongsi melalui Facebook, aplikasi ini akan mengakses maklumat peribadi anda.

Apabila anda log masuk ke Facebook, tekan anak panah ke bawah pada bahagian kanan atas skrin Facebook. Pilih Settings.

Sumber: Online Tech Tips

Pada halaman tetapan, pilih Apps and Websites.

Sumber: Online Tech Tips

Halaman  seterusnya menunjukkan aplikasi Facebook yang memberi akses ke akaun anda.

Sumber: Online Tech Tips

Anda boleh mengeluarkan aplikasi yang anda tidak perlukan dengan pilih Remove.

Sumber: Online Tech Tips

Sunting Tetapan Privasi Facebook

Facebook membenarkan pengguna untuk spesifikkan setiap aplikasi yang dibenarkan akses ke akaun anda. Walaupun anda telah mengeluarkan aplikasi dari senarai akses, anda perlu ke tetapan privasi untuk setiap aplikasi.

Untuk satu aplikasi, pilih View and edit.

Sumber: Online Tech Tips

Pertama sekali, semak App visibility, bermaksud pengguna Facebook yang boleh melihat anda menggunakan aplikasi tersebut. Untuk Visibility, anda perlu memilih Public, Friends, Friends except acquaintences, Only Me atau Custom.

Sumber: Online Tech Tips

Paling penting untuk anda semak maklumat peribadi yang diakses ke aplikasi itu.

Terima kasih!

Sumber: Online Tech Tips

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...