Langkah Bersihkan Komputer Riba Anda Secara Fizikal

90

Bila kali terakhir anda bersihkan computer riba anda? Tips penyelenggaraan komputer riba ini sangat memudahkan, bukan hanya akan menghilangkan kotoran dan debu yang terkumpul malah akan menjadikan komputer riba anda berfungsi dengan lebih baik.

Bahagian Komputer Riba Yang Perlu Dibersihkan

Lima bahagian umum komputer riba yang perlu anda bersihkan ialah case, skrin LCD, keyboard (ataupun touchpad), port dan ruang penyejuk. Anda juga boleh membuka komputer riba anda untuk membersihkan sistem penyejuk (kipas dan heatsink). Membersihkan sistem penyejuk dapat mengelakkan masalah terlebih panas dan pembekuan komputer riba. Walau bagaimanapun, anda perlu merujuk manual dari pengilang untuk mengetahui prosedur yang betul.

Bahan

Anda memerlukan bahan-bahan tersebut untuk membersihkan komputer riba anda:

  • Isopropyl alcohol: Boleh didapati di kedai ubat dan pasar raya. Ia meruap dengan cepat dan tidak meninggalkan sisa. Selamat digunakan pada peralatan elektronik dan paparan LCD. Tidak selamat digunakan: ammonia, air paip, air mineral dan pembersih tetingkap rumah.
  • Distilled or purified water or bottled water: Elakkan air paip, yang akan meninggalkan spot mineral.
  • Can of compressed air: Juga terdapat di kebanyakan kedai.
  • Lint-free cloth: Seperti yang digunakan untuk bersihkan cermin mata. Anda boleh menggunakan kain 100% kapas. Jangan guna: tuala kertas, tisu muka, kain yang kasar.

Persediaan Untuk Bersihkan

  • Pastikan kompter anda dimatikan dan tidak dicas, dan keluarkan bateri.
  • Buat cecair bersihan 1:1 dengan menggunakan air dan alkohol.
  • Lembutkan kain dengan cecair bersihan – hanya sedikit basah (lembab). Jangan semburkan secara langsung apa-apa kea rah komputer, cecair harus diletakkan di atas kain terlebih dahulu.

Bersihkan Case Komputer Riba

Gunakan kain yang lembab untuk lap luaran komputer riba. Ia akan membuatkan ia kelihatan seperti baru. Kemudian buka penutup dan lap bahagian keyboard.

Read More  3 Kaedah untuk Menangani Masalah Kerosakan Bateri pada Komputer Riba

Bersihkan Skrin LCD

Bersihkan paparan dengan kain yang sama ataupun kain baru yang dilembabkan.

Bersihkan Keyboard dan Touchpad

Keluarkan kotoran dan habuk yang terperangkap dengan menggunakan penyedut atau berus kecil. Anda juga boleh mengeluarkan setiap papan kekunci anda. Pastikan anda telah menyemak manual untuk memastikan anda menggunakan kaedah yang betul. Akhir sekali, gunakan kain yang lembab untuk lap kekunci dan touchpad.

Bersihkan Port dan Ruang Penyejuk

Bersihkan port dan ruang penyejuk dengan penyedut ataupun berus. Sembur dari bahagian sudut supaya habuk keluar. Berhati-hati apabila menyembur kipas supaya cecair tidak terkena bilah kipas.

Pesanan

Pastikan komputer riba anda telah betul-betul kering sebelum menghidupkannya.

Terima kasih!

Sumber: Lifewire

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...