Tutorial & Tips Untuk Kamera Google Pixel 2

54

Dalam tahun 2017, Google Pixel 2 telah diishtiharkan telah mempunyai kamera telefon pintar terbaik di dunia. Kamera Google Pixel 2 didatangkan dengan peningkatan perkakasan dan mengubah perisian untuk digunakan dalam memproses gambar. Kebanyakan pengguna Google Pixel 2 tidak mengetahui bagaimana untuk menguasai penggunaan kamera. Terdapat banyak kelebihan kepada pengguna Google Pixel 2.

Menguasai Aplikasi Kamera Google Pixel 2

Google telah berusaha sehabis baik untuk membentuk aplikasi kamera yang hebat dan boleh pelajari bagaimana untuk mengambil gambar yang cantik dalam senario yang berbeza. Oleh demikian, aplikasi kamera Google Pixel 2 merupakan salah satu kamera point dan shoot terbaik di dunia. Ia tidak mempunyai tetapan manual kerana anda tidak memerlukannya. Dengan mudah, halakan kamera anda kepada matlamat dan tekan butang Shutter.

Sumber: Online Tech Tips

Ini sahaja yang perlu anda lakukan. Selebihnya cip Pixel AI kamera yang hebat akan lakukan untuk anda. Walau bagaimanapun, terdapat tetapan yang perlu anda ketahui untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman anda. Salah satu ciri ialah amaran Show dirty lens. Secara lalai, ia dimatikan.

Terdapat ciri hebat lain yang anda perlu ketahui:

Touch Up Selfie Anda

Google Pixel 2 mempunyai kamera selfie terbaik di dunia. Anda boleh menghidupkan mod portrait untuk mencipta gambar yang professional dalam masa kurang sesaat. Buka Camera, tekan butang Menu dan pilih Portrait.

Sumber: Online Tech Tips

Seterusnya, fokus kamera anda pada objek, tap pada objek dalam skrin, biarkan ia fokus, dan kemudian tekan shutter.

Selaraskan Fokus dan Pendedahan

Kamera AI Google kebiasaannya sangat baik untuk fokus objek, tetapi anda boleh menukarnya dengan tap pada kawasan di skrin anda. Dengan melakukan ini, kamera akan hanya fokus pada kawasan yang anda tap.

Read More  Bagaimana Untuk Memuat Turun Video Dari Senarai Main Youtube
Sumber: Online Tech Tips

Anda juga boleh selaraskan pendedahan pada gambar. Sekiranya terdapat terlalu banyak cahaya ataupun gambar kurang cahaya, anda boleh selaraskannya dalam tetapan pendedahan.

Sumber: Online Tech Tips

Tap pada kawasan yang anda mahu fokus, dan kemudian gunakan slider di kanan skrin. Slide ke atas untuk menambah cahaya ataupun slide ke bawah untuk gelapkan gambar.

Gunakan Google Smartburst Untuk Pilih Gambar Terbaik

Untuk memilih gambar terbaik, kadang-kala sangat susah. Dengan Google Smartburst, anda boleh membiarkan AI memilih gambar terbaik untuk anda. Untuk menggunakan Smartburst, ambil gambar lebih dari satu dan kemudian pilih ikon bulatan gambar.

Sumber: Online Tech Tips

Kemudian, pilih ikon Smartburst.

Sumber: Online Tech Tips

Seterusnya, tekan show best photos only. Ia akan menunjukkan gambar yang kamera AI rasakan terbaik.

Sumber: Online Tech Tips

Akhir sekali, scroll gambar dan padam gambar yang anda tidak mahu simpan.

Sumber: Online Tech Tips

Anda juga boleh membuat animasi untuk gambar yang telah anda ambil. Tekan ikon Smartburst semula dan pilih Create animation.

Sumber: Online Tech Tips

Ia akan mencipta fail video kecil untuk gambar anda yang membolehkan anda berkongsinya ke laman sosial anda.

Tetapan Terbaik Untuk Merakam Video Dalam Google Pixel 2

Tingkatkan Frame Rate

Anda boleh meningkatkan frame rate Google Pixel 2 dengan menekan ikon ‘30’. Anda boleh memilih Antara 30 frame per saat dan 60 frame per saat.

Sumber: Online Tech Tips

Anda tidak boleh merakam dalam resolusi 4K jika anda memilih 60 frame per saat.

Merakam Dalam 4K

Untuk rakam dalam 4K, anda mesti menukar ke frame 30. Kemudian, pilih butang Menu dan tekan Settings.

Sumber: Online Tech Tips

Dalam menu tetapan, scroll ke bahagian video dan tap Camera Video Resolution. Pilih untuk mengubah ke UHD 4K (30fps).

Tips Merakam Video Dalam Google Pixel 2

Perisian kamera akan berfungsi sebaiknya untuk anda. Teknik stabilization digunakan untuk memastikan footage anda daripada sebarang pergerakan yang goyah.

Read More  Cara Untuk Melakukan Perkongsian Skrin Pada Mac Melalui Terminal!

Kesimpulan

Konklusinya, kamera Google Pixel 2 sangat terbaik kerana AI dan perisiannya akan banyak memudahkan kerja anda.

Sebarang pandangan boleh disuarakan di ruangan komen kami. Terima kasih!

Sumber: Online Tech Tips

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...