8 Tetikus Terbaik Untuk Gaming 2018

54

Secara semulajadinya, menggunakan tetikus terbaik dalam permainan PC akan meningkatkan keupayaan anda. Walau bagaimanapun, terdapat banyak pengilang di pasaran yang akan membuatkan kita susah untuk memilih yang terbaik.

Terdapat dua faktor yang membuatkan sesuatu tetikus menjadi terbaik. Pertama sekali, mempunyai sensor. Ini adalah teknologi yang digunakan untuk mengesan pergerakan tetikus dan ia sangat penting untuk permainan PC. Seterusnya, kualiti. Sifat ergonomiknya, butang pada tetikus, kelajuan setiap klik, swipes, dan roda tetikus. Pada sesetengah orang, fizikal tetikus juga penting. Segelintir pengilang menambah LED untuk membuatkan reka bentuknya lebih unik.

Dalam artikel ini, kami senaraikan lapan tetikus terbaik untuk permainan PC. Kami juga memasukkan pautan untuk tetikus daripada Amazon untuk anda melihat maklum balas daripada pengguna.

SteelSeries Rival 600

Sumber: Google Image

SteelSeries Rival 600 menggunakan sensor TrueMove3+.  Sensor tetikus ini sangat sensitif dan tepat dengan permintaan anda. Roda scroll juga mempunyai klik sentuhan yang sangat memuaskan dan anda tidak akan secara tidak sengaja menekannya semasa menggunakan butang tetikus utama. Tetikus ini sedikit berat. Ia kelihatan sangat cantik walaupun tiada ciri ergonomik yang standard seperti tetikus permainan mewah yang lain.

SteelSeries Rival 600 – $79.99

SteelSeries Sensei 310

Sumber: Google Image

Sekiranya anda mencari tetikus yang mempunyai sensor bersesuaian dan tidak mempunyai LED dan tidak terlalu berat, maka Sensei 310 sangat sesuai untuk anda. Sensei 310 ialah tetikus yang kecil dengan casis yang lebih ringan.

SteelSeries Sensei 310 – $49.99

Finalmouse Ultralight Pro

Sumber: Google Image

Jika anda seorang pemain yang berdaya saing dan perlu bergantung kepada pergerakan tetikus yang pantas dan ketetapan 100%, maka Finalmouse Ultralight Pro ialah pilihan yang terbaik untuk anda. Keunikan reka bentuk sarang lebah yang digunakan pada tetikus ini ialah untuk membuang sebanyak mana plastik dan beratnya. Anda seperti tidak memegang apa-apa semasa menggunakan tetikus ini. Ia lebih kurang hanya 67 gram sahaja.

Read More  Cara Untuk Mengetahui Pemacu Cakera keras ( Hard Disk Drive ) Anda Ingin Rosak

Finalmouse Ultralight Pro – $69.99

Zowie FK2

Sumber: Google Image

Zowie FK2 adalah tetikus yang ergonomik, lebih ringan yang direka bentuk untuk pemain. Walaupun Zowie FK2 tidak seringan tetikus Finalmouse, ia juga masih merupakan tetikus yang sangat kukuh dan mempunyai reka bentuk yang boleh digunakan untuk kegunaan pejabat.

Zowie FK2 – $59.99

Corsair Dark Core RGB SE

Sumber: Google Image

Tetikus Corsair Dark Core RGB SE ialah tetikus tanpa wayar yang mempunyai reka bentuk yang menarik. Bentuk kontur membuatkan tetikus ini sangat selesa untuk digunakan dan terdapat dua pegangan sisi yang boleh ditukar ganti untuk dipilih.

Corsair Dark Core – $89.99

Razer DeathAdder Elite

Sumber: Google Image

Tetikus ini mempunyai ciri ergonomik yang baik untuk pengguna yang mempunyai saiz tangan yang agak besar. Sensornya juga terbaik.

Razer DeathAdder Elite – $57.99

Logitech G Pro

Sumber: Google Image

Jika dibandingkan dengan tetikus gaming yang lain, tetikus ini kelihatan agak kelakar. Ia kecil dan kelihatan seperti dililit dari beberapa sudut tetapi anda tidak boleh memandang rendah kepadanya. Ia direka dengan seringan yang mungkin. Ia mempunyai sensor fokus eksport, ini menjadikan tetikus ini luar biasa untuk permainan tembakan.

Logitech G Pro – $45.99

Logitech G903

Sumber: Google Image

 

Logitech G903 mempunyai reka bentuk yang unik untuk menarik perhatian orang. Ia merupakan tetikus 100% tanpa wayar. Anda boleh memasangkan Logitech G903 dengan sistem pengecasan Logitech powerplay tanpa wayar yang membenarkan anda menggunakan tetikus walaupun sedang dicas.

Logitech G903 – $115

Kesimpulan

Kami berharap senarai ini dapat membantu anda mencari tetikus gaming yang terbaik dan memenuhi ciri rasa anda. Kadang-kala anda perlu mencuba beberapa jenis tetikus dahulu sebelum anda mendapatkan satu yang terbaik untuk anda. Terima kasih!

Read More  Cara Untuk Melihat Grup Manakah Yang Dimiliki Oleh Akaun Pengguna Linux Anda!

Sumber: Online Tech Tips

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...