4 Langkah Selamat Untuk Backup Gambar dan Video Dalam iPhone & iPad

69

Sekiranya anda mempunyai iPhone, tambahan pula ianya baru dibeli, sudah pastinya anda akan mengambil banyak gambar dan merakam video. Artikel Wired writer Mat Honan menceritakan mengenai sesorang yang telah digodam dan kehilangan semua data dan gambar-gambar di dalam iPhone, iPad dan Macbook Pro kerana dia tidak membuat backup. Oleh itu, sangat penting untuk melakukan backup untuk kesemua gambar anda. Melalui artikel ini, saya akan menerangkan mengenai bagaimana untuk melakukan backup semua data dalam iPhone / iPad / MacBook termasuk gambar dan video.

Langkah 1 – iTunes / iCloud

Langkah mudah untuk backup ialah dengan menggunakan iCloud ataupun iTunes. Buka iTunes, sambungkan dengan peranti anda dan kemudian tekan kanan dan pilih Backup.

backup iphone
Sumber: Online Tech Tips

Ini adalah cara manual untuk backup peranti anda ke iTunes pada computer anda. Sekiranya anda mengaktifkan icloud backup, anda masih boleh backup peranti anda menggunakan langkah ini.

Untuk mengaktifkan iCloud backup, pergi ke Settings pada peranti anda, tekan nama anda dan kemudian pilih iCloud dan tekan iCloud Backup.

Sumber: Online Tech Tips

Aktifkannya dan biarkan ia backup secara automatik ataupun lakukan secara manual. Pastikan peranti anda disambungkan ke punca kuasa dan WiFi sebelum memulakan backup.

Sumber: Online Tech Tips

Langkah 2 – iCloud Photo Library

Sekiranya anda mengambil gambar dan merakam video dari peranti Apple anda, maka sangat bermakna untuk anda menggunakan iCloud Photo Library. Secara lalai Apple memberikan 5GB simpanan percuma dalam iCloud. Ia sangat tidak mencukupi sekiranya anda menjadikan kamera iPhone anda secara kamera utama. Untuk mengaktifkan iCloud Photo Library, tekan pada iCloud dan pilih Photos.

Sumber: Online Tech Tips

Pastikan Optimize iPhone Storage diaktifkan.

Sumber: Online Tech Tips

Ini adalah baik sekiranya anda mempunyai Mac, dimana anda boleh menggunakan aplikasi Photo dalam menyambungkan iCloud Photo Library.

Read More  Bagaimana Hendak Menggunakan Apple Watch Anda Sebagai Lampu Suluh?

Langkah 3 – Aplikasi Photo

Aplikasi Photo adalah tool terbaik untuk menguruskan library sekiranya anda mempunyai Mac. Aplikasi Photo didatangkan dengan ciri yang akan mengambil gambar dengan kualiti yang baik dan video yang bagus dengan kamera terbaik.

Sumber: Online Tech Tips

Untuk aktifkan iCloud Photo Library pada Mac, tekan Photos dalam menu bar dan pilih Preferences.

Sumber: Online Tech Tips

Dalam iPhone: Download Originals ataupun Optimize Mac Storage. Sekiranya anda mempunyai cakera keras bersaiz besar dan boleh menampung keseluruhan iCloud Photo Library, anda dicadangkan memilih Download Originals to this Mac. Jika berlaku sesuatu kepada iCloud anda, anda boleh backup sepenuhnya melalui cakera keras anda.

Langkah 4 – Google Photos / Cloud Storage

Langkah terakhir ialah Google Photos. Anda boleh memuat turun aplikasi Google Photos iPhone dan iPad dan memuat naik gambar dan video anda secara automatik.

Dalam Google Photos, pilih ikon gear. Tekan Backup & Sync dan aktifkan.

Sumber: Online Tech Tips

Selain Google Photos, anda juga boleh backup melalui simpanan awan jika anda mahu. Dropbox, OneDrive dan servis awan yang lain juga berfungsi sama.

Apakah langkah yang anda gunakan untuk backup gambar dan video dari iPhone / iPad anda? Kongsikan di ruangan komen. Terima kasih!

Sumber: Online Tech Tips

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...