Cara Mudah Berkongsi Kalendar Google

41

Kalendar Google adalah aplikasi terbaik. Ia sangat mudah digunakan dan mempunyai ciri yang terbaik. Salah satu ciri terbaik kalendar ialah berkongsi kalendar. Apabila anda berkongsi kalendar Google, anda telah memberi akses acara kepada rakan sekerja anda, ahli keluarga ataupun rakan-rakan anda. Melalui artikel ini, anda akan ditunjukkan langkah yang berbeza untuk berkongsi kalendar dan juga diberi tips.

Public VS Private Kalendar

Perkara utama anda harus fahami ialah perbezaan antara kalendar awam dan kalendar peribadi. Kalendar peribadi hanya dapat dilihat oleh anda yang bermaksud acara anda hanya akan dapat dilihat oleh anda sahaja.

Jika anda membuat acara dengan kalendar peribadi dan terbitkan acara tersebut dan menghantar pautannya kepada orang lain, mereka tidak akan dapat melihat acara tersebut. Sekiranya kalendar tersebut ialah awam, anda boleh berkongsi acara dan memilih peringkat privasi yang berbeza. Langkah terbaik untuk memisahkan antara kalendar peribadi dan awam ialah dengan mencipta kalendar baru yang anda boleh kongsi dengan individu ataupun semua orang.

Kongsi Kalendar 

Apabila anda mahu berkongsi kalendar baru ataupun kalendar sedia ada, log masuk ke Google Calendar.

Sumber: Google Image

Anda akan dapat melihat tiga titik yang akan memberi pilihan untuk kalendar tersebut. Anda perlu menekan Settings and sharing dan pilih kotak Add a friend’s calendar.

Sumber: Google Image

Pada skrin Access permission anda dibenarkan menukar privasi kalendar ke awam.

Sumber: Google Image

Apabila anda menanda kotak Make available to public, anda akan diberi peringatan bahawa satu dunia akan boleh melihat kalendar anda. Anda juga boleh memilih antara See only free/busy (hide details) dan See all event details.

Jika anda hanya mahu berkongsi bersama sesetengah orang, anda perlu menambah mereka dalam Share with specific people. Tekan ADD PEOPLE dan taip alamat emel mereka untuk berkongsi kalendar.

Read More  Trick Untuk "Search" Sesuatu Dengan Lebih Tepat!
Sumber: Google Image

Jemputan akan dihantar dan penerima harus menekan pautan yang diberi dan kemudian kalendar anda akan disenaraikan dalam senarai kalendar penerima. Setiap acara juga mempunyai status privasinya sendiri iaitu: Public dan Private.

Sumber: Google Image

Anda boleh menjemput orang ke acara anda. Apabila anda mencipta acara, tekan pada Google Calendar dan pilih tiga titik.

Sumber: Google Image

Pilih Publish event. Anda boleh menyalin kod HTML dan melekatkan ke laman web ataupun salin URL dan kongsi ke laman sosial.

Sumber: Google Image

Anda juga boleh menekan ikon kecil pensil di sebelah kiri untuk menyunting acara dan menambah tetamu di sebelah kanan.

Sumber: Google Image

Anda boleh memilih samada tetamu boleh mengubah suai acara, menjemput orang lain dan melihat tetamu lain.

Oleh itu, ini adalah langkah terbaik untuk berkongsi kalendar Google anda bersama orang lain. Ia sangat mudah bagi semua orang. Terima kasih!

Sumber: Online Tech Tips

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...