Anda semestinya pernah menyunting fail PDF dengan memindahkan halaman, memadam halaman ataupun ekstrak halaman atau set halaman ke fail PDF yang berbeza. Melalui artikel ini, anda akan diajar bagaimana melakukan perkara ini dengan menggunakan Adobe Acrobat ataupun Pro DC. Tool percuma yang boleh anda gunakan untuk menyusun dan ekstrak halaman PDF sekiranya anda tiada aplikasi Adobe Acrobat juga akan didedahkan.
Pindahkan Halaman PDF
Versi terbaru Adobe Acrobat Standard atau Pro membuatkan ia lebih mudah untuk disusun halaman fail PDF. Pertama sekali, buka fail PDF dan tekan Tools.

Sumber: Google Image
Dibawah Create & Edit, anda dapat melihat butang Organiza Pages. Terdapat imej kecil semua halaman dalam fail PDF.

Sumber: Google Image
Untuk putarkan halaman, anda perlu menekan butang memutar. Memadam halaman dengan menekan symbol tong sampah. Untuk memindahkan halaman atau menyusun halaman PDF, tekan dan drag halaman ke lokasi baru. Anda akan dapat melihat garisan biru menegak apabila halaman diubah.

Sumber: Google Image
Pada skrin ini, anda juga boleh mengantikan halaman PDF dengan halaman yang lain daripada fail PDF yang berbeza dengan cara pecahkan fail PDF ataupun masukkan fail PDF ke dalam dokumen semasa.
Sekiranya anda tiada Adobe Acrobat Standard atau Pro, anda boleh menggunakan tool dalam talian daripada syarikat Sejda. Anda hanya perlu pilih Upload PDF Files. Interface Sejda kelihatan seperti Adobe Acrobat. Ia hanya terhad untuk fail yang tidak melebihi 50 halaman atau bersaiz 50 MB.

Sumber: Google Image
Ekstrak Halaman Daripada Fail PDF
Dalam skrin yang sama seperti di atas, anda juga boleh ekstrak halaman daripada fail PDF. Jika anda menekan butang Extract pada menu bar, anda akan melihat sub-menu lain dengan beberapa pilihan lain.

Sumber: Google Image
Pertama sekali, anda perlu memilih halaman dalam PDF yang anda mahu ekstrak. Untuk memilih lebih dari satu halaman, anda hanya perlu menekan SHIFT ataupun CTRL.
Jika anda mahu lakukan ini secara percuma, anda boleh ke laman web Sejda, dengan menggunakan tool ekstrak PDF. Pilih halaman dengan hanya tekan halaman ataupun gunakan SHIFT dan tekan butang Extract Pages.

Sumber: Google Image
Limit untuk tool ini ialah 200 halaman per fail PDF atau saiz 50 MB. Ia lebih kurang sama dengan Adobe Acrobat, tetapi ia tiada pilihan untuk menyimpan halaman sebagai fail PDF yang berasingan.
Ekstrak halaman dan menyusun semula halaman dalam PDF adalah dua task yang sering dilakukan dan diharap selepas ini anda akan boleh melakukannya dengan mudah menggunakan tool yang dicadangkan. Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan, kemukakan di ruangan komen. Terima kasih!
Sumber: Online Tech Tips