7 Laman Web Untuk Mendapatkan Stok Gambar Secara Percuma

82

Jika anda memerlukan koleksi gambar untuk laman web anda, blog, newsletter, poster, anda akan perasan bahawa terdapat banyak laman yang mengenakan cas untuk memuat turun satu-satu gambar. Sekiranya anda memerlukan hanya banyak gambar, tidak berbaloi sebenarnya untuk anda membayar untuk setiap gambar tersebut. Terdapat banyak halaman yang menyediakan koleksi gambar secara percuma dengan kualiti yang baik.

Kesemua laman web ini menggunakan lesen Creative Commons CCO, bermaksud anda boleh memuat turun gambar dan menggunakannya untuk peribadi dan komersial tanpa atribusi.

Pexels

Kredit: Google Image

Pexels menyediakan gambar dalam resolusi sangat tinggi bermaksud anda boleh menggunakannya untuk cetakan yang besar. Kebanyakan failnya adalah bersaiz lebih 10 MB. Selain itu, anda juga akan mendapat informasi untuk setiap gambar. Contohnya, kamera yang digunakan untuk mengambil gambar tersebut dan perisian yang digunakan untuk menyunting gambar itu.

Pixabay

Kredit: Google Image

Pixabay mempunyai lebih dari 10 juta gambar yang boleh dimuat turun secara percuma. Anda boleh membuat pencarian mengikut kategori jenis media, orientasi, warna dan saiz.

Kredit: Google Image

Resolusi gambar dalam Pixabay tidak terlalu tinggi seperti Pexels tetapi ia cukup untuk web dan cetakan.

StockSnap.io

Kredit: Google Image

StockSnap.io serupa seperti Pexels dari aspek resolusi gambar yang sangat tinggi tetapi halaman ini mempunyai jumlah gambar yang lebih banyak secara keseluruhan. Ia juga menawarkan pilihan carian dengan kategori tarikh, trending, views, muat turun dan kegemaran. Jika anda memerlukan gambar dengan resolusi sangat tinggi, laman web ini merupakan pilihan terbaik untuk anda.

Unsplash

Kredit: Google Image

Unsplash dan dua lagi laman web dibawah mempunyai koleksi gambar yang agak sedikit jika dibandingkan dengan laman web yang disenaraikan di atas. Anda akan mendapat informasi lengkap untuk setiap gambar (model kamera, kelajuan shutter, panjang focal, ISO dan lain-lain).

Read More  4 Jenis Gadget Dan Aplikasi Yang Perlu Anda Tahu Untuk Kekal Selamat Pada Musim Panas Ini

NegativeSpace

Kredit: Google Image

NegativeSpace mempunyai lebih kurang satu ribu gambar percuma tetapi kualiti dan resolusi gambar sangat baik.

Freely Photos

Kredit: Google Image

Freely Photos juga merupakan halaman kecil yang menyediakan ratusan gambar percuma yang boleh anda dapatkan. Gambarnya mempunyai perbezaan daripada halaman lain. Oleh itu, jika anda mencari gambar yang unik, laman web ini boleh mmebantu anda.

Makerbook

Kredit: Google Image

Makerbook adalah laman web yang menyediakan gambar terutama untuk permulaan. Oleh itu, jika anda memerlukan stok gambar untuk permulaan anda dan mahu kelihatan cool dan hip, laman web ini sangat bagus untuk anda.

Seperti yang diberitahu, banyak laman web yang menyediakan stok gambar secara percuma. 7 laman web yang disenaraikan dirasakan sangat bermanfaat. Terima kasih!

Sumber: Online Tech Tips

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...