10 Program Terbaik Untuk Menggantikan Notepad

Browse By

Notepad ialah salah satu program yang menjadi kesukaan dalam Windows dan disebabkan itu Microsoft sentiasa menyediakannya bermula dari Windows 1.0, lebih kurang 30 tahun yang lalu. Notepad ialah penyuntingan teks yang ringkas dan tidak memerlukan format teks untuk dokumen. Melalui artikel ini, anda akan diberitahu tentang 10 alternatif program untuk menggantikan Notepad.

Notepad++

notepad plus

Kredit: Google Image

Notepad++ ialah editor teks popular yang digunakan di luar Notepad. Ia mempunyai ciri-ciri yang lengkap untuk tugasan yang ringkas ataupun kompleks. Sekiranya anda mahukan Notepad dengan ciri-ciri tambahan seperti nombor baris, pencarian lebih baik, interface tambahan tab, semak ejaan dan lain-lain, anda boleh mencuba Notepad++. Notepad++ sangat popular kepada programmer kerana ia menyokong kebanyakan bahasa seperti C, C++, C#, Objective C, Pascal, HTML, dan XML.

EditPad Lite

editpad lite

Kredit: Google Image

EditPad Lite lebih sama dengan Notepad jika dibandingkan Notepad++. Ia tidak melakukan proses coding seperti Notepad++ lakukan. Ia sesuai untuk anda sekiranya anda bukan seorang penulis code.

Kelebihan EditPad Lite jika dibandingkan dengan Notepad:

  • Membenarkan anda membuka banyak fail teks dalam satu masa (tidak terhad).
  • Terdapat ciri carian yang lebih tepad dan tempat yang lebih luas iaitu lebih baik daripada editor teks yang lain.
  • Mempunyai ciri yang dipanggil Clip Collection yang menyimpan senarai coretan teks untuk kegunaan masa akan datang.
  • Menyimpan kerja anda secara automatik dan mempunyai backup.
  • Ciri Undo dan Redo yang tidak terhad walaupun fail anda telah disimpan.

PSPad

pspad

Kredit: Google Image

PSPad ialah tool lain yang lebih kepada programmer yang menulis code dengan ciri-ciri iaitu penonjolan sintaks, built-in FTP client, perakan macro, penonjolan user-defined, editor HEX sepenuhnya, editor CSS bersepadu dan lain-lain.

Read More  Bagaimana Hendak Mencari Mesej Perbualan WhatsApp Yang Terdahulu?

Notepad2

notepad2

Kredit: Google Image

Notepad2 kelihatan seperti Notepad Windows, tetapi mempunyai seperti penonjolan sintaks untuk sesetengah bahasa web, carian ekspresi biasa, pemilihan segi empat tepat menggunakan tetikus, garis panjang marker, inden automatik, sepadankan brace dan lain-lain.

TED Notepad

ted notepad

Kredit: Google Image

TED Notepad ialah editor teks yang asas dengan interface yang ringkas. Ia mempunyai ciri-ciri asas seperti nombor garisan dan multi undo/redo, modifikasi fail diluar, simpanan automatik dan backup.

DocPad

docpad

Kredit: Google Image

DocPad ialah aplikasi baru yang merupakan alternatif terbaik untuk Notepad. Ia lebih fokus kepada penyuntingan teks dan tidak sesuai untuk programmer. Ia menyokong penanda buku, menyekat indent, penukaran karakter, drag dan drop, melihat semula cetak, sejarah fail, carian dan gentian dan lain-lain.

ATPad

atpad

Kredit: Google Image

ATPad tidak dikemas semenjak 2010, tetapi ia mempunyai interface yang cantik dan ciri-ciri yang baik. Ia sangat berguna jika anda mahu bekerja dengan multi fail dalam interface tab. Ia mempunyai ciri-ciri asas editor teks seperti nombor garisan, pembalut kata, bookmark, paparan ruang putih, undo/redo yang tidak terhad, snippet teks dan lain-lain.

NoteTab Light

notetab light

Kredit: Google Image

NoteTab Light bertujuan untuk menjadi editor teks dan tool coding tetapi tidak mempunyai penonjolan sintaks dan hanya menyokong bahasa HTML dan CSS.

GetDiz

getdiz

Kredit: Google Image

GetDiz ialah aplikasi yang menggantikan notepad yang agak berbeza dari editor teks yang lain. Secara lalai, latar belakangnya berwarna biru gelap dan teks berwarna putih tetapi anda boleh mengubah tetapannya. Sama seperti namanya, program ini memaparkan fail DIZ dan NFO dengan fungsi yang telah dipertingkatkan dan program ini juga boleh paparkan seni ASCII. Anda juga boleh menyimpan teks, fail DIZ dan NFO sebagai gambar GIF.

Read More  Cara Untuk Menyekat Iklan Di Youtube!

FluentNotepad

fluentnotepad

Kredit: Google Image

FluentNotepad kelihatan seperti Office dengan Ribbon IU tetapi hanya asas. Ia boleh menonjolkan sintaks untuk 10 bahasa coding dan membuka multi tab.

10 aplikasi ini sangat baik untuk menggantikan Notepad. Sekiranya anda menggunakan program lain selain daripada yang disenaraikan, kemukakan di ruangan komen. Selamat mencuba. Terima kasih!

Sumber: Online Tech Tips

Sebentar...