Bagaimana Untuk Kemas Kini Cakera (Drivers) Dalam Windows

69

Anda perlu mengemaskini driver dalam Windows apabila perkakasan (hardware) yang baru anda pasang tidak berfungsi ataupun kemungkinana selepas kemaskini versi baru Windows.

Tips: Mengemaskini sendiri driver tidak susah kepada anda. Cari tool percuma untuk kemaskini driver.

Masa diperlukan: Lebih kurang 15 minit sahaja masa yang diperlukan untuk kemaskini drivers anda.

Langkah Kemaskini Drivers Dalam Windows

  1. Cari, muat turun dan ekstrak drivers terkini untuk hardware. Anda perlu sentiasa menyemak dengan pengilang hardware apabila mencari driver terkini.
  2. Buka pengurus peranti (device manager). Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan Device Manager dalam Windows.

Tip: Device Manager ialah jalan pintas untuk Power User Menu dalam Windows 10 dan Windows 8. Tekan Win + X untuk membuat tetapan ini.

  1. Setelah membuka Device Manager, tekan ikon > atau [+] (bergantung kepada versi Windows anda) untuk membuka kategori peranti yang anda ingin kemaskini drivers nya.
  2. Apabila anda sudah jumpa peranti yang akan anda kemaskini driver, langkah seterusnya bergantung kepada versi Windows anda:

Windows 10 & 8: Tekan kanan atau tekan pada nama hardware atau icon dan pilih Update Drivers (W10) atau Update Driver Software (W8).

Windows 7 & Vista: Tekan kanan pada nama atau icon hardware, pilih Properties > Driver > Update Driver.

Windows XP: Tekan kanan pada item hardware, pilih Properties, pada tab Driver pilih Update Drive.

  1. Sentuh atau tekan pada Have Disk.
  2. Pada skrin Install From Disk, pilih butang Browse.
  3. Pada skrin Locate File, pilih folder yang telah anda muat turun dan ekstrak dalam Step 1.
  4. Pilih fail INF dalam senarai fail dan tekan butang Hanya fail INF sahaja yang Device Manager boleh terima untuk set maklumat driver.
  5. Tekan OK. 
  6. Pilih tambah hardware baru dan tekan Next.
  7. Sekiranya ada Warning Message:
Read More  Mengapa Anda Tidak Digalakkan Untuk Simpan Kata Laluan di Chrome/Mozilla/ Dan Mana-Mana Pelayar?

Windows Cannot Verify That the Driver Is Compatible: Sekiranya anda sudah pasti driver yang anda pilih, tekan Yes untuk meneruskan pasang kemaskini ini. Pilih No jika anda tidak pasti dengan model driver atau lain-lain.

Windows Can’t Verify the Publisher of This Driver Software: Pilih Yes untuk teruskan memasang driver ini sekiranya anda mendapatkannya terus dari pengilang.

This Driver Hasn’t Been Signed: Sama seperti situasi di atas, pilih Yes jika anda yakin dengan sumber anda dapatkan driver tersebut.

Windows Requires a Digitally Signed Driver: Dalam Windows versi 64-bit, anda tidak akan dapat melihat dua mesej amaran di atas kerana Windows tidak membenarkan anda memasang driver yang mempunyai isu digital. Sekiranya anda melihat mesej ini, hentikan proses kemaskini driver dan pilih driver daripada laman web hardware.

  1. Untuk skrin Installing Driver Software. Windows akan menggunakan arahan dalam fail INF untuk memasang driver terkini untuk hardware anda.
  2. Apabila proses kemaskini driver selesai, anda akan melihat skrin yang memberitahu driver anda sudah dikemaskini.

Selamat mencuba! Sebarang cadangan boleh tinggalkan di ruangan komen. Terima kasih.

Sumber: LifeWire

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...