Bagaimana Untuk Mengantikan Memori (RAM) Dalam Komputer?

1,668

Menggantikan memori dalam komputer anda merupakan kemestian sekiranya anda telah memastikan bahawa bahawa RAM anda bermasalah semasa melakukan ujian memori.

Penting: Kebanyakkan motherboard mempunyai spesifikasi tertentu untuk jenis dan saiz RAM dan kombinasi RAM yang boleh dipasang. Pastikan anda telah merujuk motherboard atau manual sistem computer sebelum anda membeli memori untuk komputer anda.

Bagaimana Untuk Menukar RAM?

Anda hanya perlu mengeluarkan memori yang lama dan menggantikannya dengan memori yang baru, sangat mudah. Langkah yang lebih spesifik diperlukan untuk menggantikan RAM bergantung kepada samada anda mahu menukar RAM dalam komputer riba ataupun desktop.

Menukar Memori Desktop
Kredit: fonerbooks.com
  1. Keluarkan memori yang lama dan semak labelnya, untuk memastikan RAM berfungsi dengan betul. Menggunakan kedua-dua ibu jari ataupun dua jari anda secara perlahan untuk membuka kekunci pada slot memori.
Kredit: fonerbooks.com

2. Selaraskan takuk (notch) dengan slot sebelum memasang RAM. Dua takuk ini akan memberi arah yang betul dan juga penting untuk mengelakkan anda tersalah pasang jenis RAM dalam motherboard. Modul takuk DDR2 dan DDR terletak pada tempat berbeza.

Kredit: fonerbooks.com
  1. Letakkan modul memori dengan menekan perlahan dengan menggunakan kedua-dua ibu jari pada hujung modul. Kekunci akan terletak tepat pada tempatnya sekiranya RAM dipasang dengan betul.
Kredit: fonerbooks.com
Menukar Memori Komputer Riba Atau Tablet
Kredit: fonerbooks.com
  1. Sebelum anda memulakan, pastikan anda telah membaca arahan manual. Jangan naik taraf ataupun gantikan memori anda sekiranya anda tidak pasti masalah komputer anda. Arahan manual akan menerangkan kapasiti maksimum memori untuk komputer riba anda dan anda boleh menyemak jumlah RAM yang telah dipasang pada komputer riba anda dalam Windows system information. Selepas mendapat kepastian, anda perlu merujuk Crucial (crucial.com).
Read More  Cara Mudah Untuk Perusahaan Menjimatkan Wang Dan Tenaga!
Kredit: fonerbooks.com
  1. Penasihat Memori dalam Crucial akan memberikan langkah dalam memilih memori yang betul samada komputer riba ataupun desktop. Pilihan pertama ialah pengilang (contoh Toshiba), seterusnya model (contoh Satellite) dan akhir sekali nombor model (contoh 1625CDT). Kemudian Crucial akan memberi maklumat bersama dengan harga.
Kredit: fonerbooks.com
  1. Langkah pertama, keluarkan bateri komputer riba anda.
Kredit: fonerbooks.com
  1. Keluarkan skru pada penutup yang menutup memori.
Kredit: fonerbooks.com
Kredit: fonerbooks.com
  1. Letakkan memori di dalam beg statik sehingga anda bersedia untuk memasang memori tersebut.
Kredit: fonerbooks.com
  1. Tidak seperti memori pada desktop, memori untuk komputer riba dipasang pada sudut 30 degree mendatar.
Kredit: fonerbooks.com
  1. Memori dimasukkan dengan kedudukan takuk hujung sepadan dengan kunci dalam soket memori komputer riba.
Kredit: fonerbooks.com
  1. Tolak dengan perlahan ke arah bawah pada motherboard komputer riba untuk mencantumkan takuk.
Kredit: fonerbooks.com
  1. Pasangkan semula penutup RAM.
Kredit: fonerbooks.com
  1. Anda boleh semak memori yang telah dipasang melalui Windows System Properties.

Menukar memori sangat mudah dan memerlukan masa lebih kurang 15 minit sahaja. Selamat mencuba.

Sumber: LifeWire

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...