Bagaimana Untuk Tangani Masalah Komputer Yang Dihidupkan Tetapi Skrin Kosong

749

Masalah sering dihadapi oleh pengguna ialah apabila komputer sudah dihidupkan tetapi skrin tidak memaparkan apa-apa (blank). Anda dapat melihat cahaya pada komputer dan mendengar bunyi kipas yang berfungsi tetapi skrin tidak dipaparkan. Terdapat beberapa kemungkinan monitor anda tidak memaparkan maklumat.

Sumber: Google Image

Menyelesaikan masalah ini memerlukan sedikit masa bergantung kepada punca masalah ini. Antara isu yang dikaitkan:

 

  1. Uji monitor anda. Sebelum menyelesaikan masalah keseluruhan komputer, pastikan monitor anda berfungsi dengan baik.

 

  1. Pastikan PC anda mempunyai kitaran kuasa penuh. Dengan erti kata lain, pastikan komputer anda telah dihidupkan semula (restart) sepenuhnya.

 

  1. Selesaikan masalah penyebab kepada kod beep. Kod beep akan memberi jawapan dimana punca yang menyebabkan komputer anda padam.

 

  1. Bersihkan CMOS. Membersihkan memori BIOS pada motherboard anda akan menetapkan tetapan BIOS ke tahap default. Kesilapan konfigurasi BIOS boleh menjadi punca kepada masalah komputer anda tidak dapat dihidupkan sepenuhnya.

 

  1. Pastikan suis voltan bekalan kuasa telah disetkan dengan betul. Sekiranya voltan untuk bekalan kuasa tidak betul, ia akan menyebabkan komputer anda tidak dapat dihidupkan sepenuhnya.

 

  1. Kenal pasti penyebab masalah elektrik di dalam komputer anda. Monitor tidak akan memaparkan apa-apa sekiranya terdapat masalah elektrik.

 

  1. Uji bekalan kuasa anda. Tidak semestinya apabila kipas dan cahaya komputer anda berfungsi, bekalan kuasa anda tiada masalah. PSU akan menyebabkan masalah kepada hardware Ganti bekalan kuasa anda sekiranya ia bermasalah.

 

Diharap tips yang diberi dapat menyelesaikan masalah anda. Sebarang cadangan lain boleh kemukan di ruangan komen. Terima kasih. Selamat mencuba!

Sumber: LifeWire

Read More  Kenapakah Halaman Utama Chrome Anda Berubah?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...