Patutkah Anda Ganti Komputer Riba Baru Atau Upgrade Sahaja?

1,687

Membuat keputusan untuk menukar komputer riba baru atau hanya upgrade ke versi baharu adalah keputusan yang agak sukar. Terdapat pelbagai aspek yang anda harus titik beratkan dalam membuat keputusan ini.

Komputer Riba Anda Terlampau Perlahan

Perkakasan (hardware) yang menentukan kelajuan komputer anda ialah CPU dan RAM. Anda patut upgrade komponen ini tetapi ia tidak mudah dilakukan dalam komputer riba. Walau bagaimanapun, sekiranya anda memerlukan RAM lebih, anda boleh menambah jumlah RAM anda.

Sumber: Google Image

Beberapa cadangan diberi untuk anda:

Lihat berapa banyak ruang kosong

Sekiranya cakera keras (hard drive) anda sangat perlahan dalam ruang yang masih kosong, kemungkinan terdapat beberapa perkara yang menyebabkan program tersebut agak perlahan untuk dibuka. Semak kekosongan hard drive anda untuk mendapatkan kepastian.

Padam fail sampah (Junk Files)

Fail sementara juga akan menggunakan beberapa ruang kosong di dalam komputer anda. Mulakan dengan membuang cache di dalam pencarian web anda. Fail-fail ini selamat untuk dibuang, tetapi sekiranya ia dibiarkan, proses untuk memuat halaman akan menjadi semakin perlahan. Anda juga perlu memadam fail sementara di dalam komputer anda. Ia kemungkinan menggunakan memori anda yang lebih.

Bersihkan komputer riba anda
Sumber: Google Image

Bersihkan ruang-ruang udara di dalam komputer riba anda untuk mengelakkan komputer anda cepat panas dan dapat mengelakkan komputer anda makin perlahan.

Memerlukan Simpanan (storage) Komputer Riba Yang Lebih

Sekiranya anda memerlukan hard drive tambahan untuk back up fail dan menyimpan data, gunakan hard drive luaran untuk menambah ruang simpanan komputer riba anda. Membeli hard drive luaran adalah lebih murah dari menggantikan yang dalaman.

Sumber: Google Image

Hard Drive Komputer Riba Tidak Berfungsi

Secara umumnya, anda perlu menukar hard drive anda yang bermasalah berbanding menukar komputer riba baru. Walau bagaimanapun, anda perlu memastikan kesahihan kerosakan hard drive anda.

Read More  Mengapa Anda Tidak Digalakkan Untuk Simpan Kata Laluan di Chrome/Mozilla/ Dan Mana-Mana Pelayar?

Skrin Komputer Riba Bermasalah

Sumber: Google Image

Membaiki atau menggantikan skrin memerlukan kos yang tidak sebanyak membeli komputer riba baru. Lawati laman web iFixit dan cari model komputer riba anda (contoh).

Komputer Riba Tidak Dapat Dicas

Isu ini sering kali melibatkan masalah pada kabel kuasa, bateri ataupun punca kuasa itu sendiri. Anda perlu melakukan beberapa situasi untuk memastikan samada komputer riba anda bermasalah ataupun tidak. Contohnya, mengeluarkan bateri dan mengecas komputer riba dan cuba menghidupkan komputer riba anda.

Anda Mahu Sistem Operasi Baharu

Anda tidak digalakkan untuk membeli komputer riba baru semata-mata mahukan sistem operasi yang baru. Sememangnya setiap komputer riba baru didatangkan dengan sistem operasi baru, tetapi anda juga boleh hanya dengan upgrade komputer riba anda untuk mendapatkan sistem operasi baru. Anda hanya perlu memastikan komputer riba anda mempunyai spesifikasi yang diperlukan untuk upgrade ke sistem operasi baru.

Anda Perlukan Sesuatu Yang Baru

Tiada sesiapa yang akan menghalang anda untuk membeli komputer riba yang baru. Pastikan anda telah membuat survey sebelum anda membeli komputer riba baru supaya menepati ciri-ciri yang anda perlukan.

Sebarang cadangan boleh tinggalkan di ruangan komen. Terima kasih!

Sumber: LifeWire

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...