Tips Keselamatan Komputer Riba

1,054

Penggunaan komputer riba dengan tidak berhemah dan tidak mempedulikan tentang keselamatan komputer riba akan menyebabkan komputer riba anda rosak. Tips keselamatan ini harus dijadikan sebagai rutin mingguan dalam proses penyelenggaraan komputer anda.

Shut Down
Laptops Shutdown
Sumber: Google Image

Tidak seperti komputer desktop, komputer riba harus shut down setiap kali tidak digunakan. Ini untuk mengelakkan komputer riba anda terlebih panas dan ia juga harus direhatkan.

Selaraskan Tetapan Kuasa

Menyelaraskan pilihan kuasa akan membantu komputer riba anda daripada panas dengan cepat apabila tidak digunakan. Anda boleh set cakera keras (hard drive) anda dan paparan dipadam dalam tempoh masa tertentu. Pilihan lain ialah menetapkan komputer riba anda dalam mod bersedia atau hibernate.

Sumber: Google Image
Sebelum Disimpan

Pastikan komputer riba anda telah shut down sebelum anda meletakkan komputer riba anda dalam beg. Ketiadaan pengaliran udara di dalam beg tersebut akan menyebabkan sesuatu yang buruk boleh terjadi sekiranya anda tidak shut down komputer riba anda.

Selenggara Ruang Udara

Jadikan proses pemeriksaan dan pembersihan ruang udara dalam komputer riba anda sebagai rutin setiap minggu anda. Penyedut habuk boleh digunakan untuk mengelakkan dari serpihan-serpihan habuk berada di ruang udara komputer riba anda. Ini sangat penting untuk mengelakkan daripada komputer riba anda cepat panas dan rosak.

Periksa Kipas

Kipas komputer riba tidak bekerja dengan baik boleh menyebabkan masalah komputer riba terlampau panas. Sentiasa mendapatkan informasi daripada pengeluar dan maklumat waranti komputer riba anda. Anda juga boleh memuat turun perisian (software) untuk menguji kipas komputer riba anda.

Kemaskini BIOS
Sumber: Google Image

Sesetengah komputer riba mengawal kipas melalui BIOS. Semak dari pegawai perkhidmatan atas talian pengeluar komputer riba untuk kemaskini BIOS. Sekiranya anda tidak biasa kemaskini BIOS sendiri, hantar komputer anda ke bahagian IT yang lebih pakar.

Read More  Cara Paling Simple Hasilkan Duit Dari Google Adsense
Elakkan Kebakaran Komputer Riba
Sumber: Google Image

Menggunakan meja komputer riba atau penyejuk dapat mengelakkan komputer riba anda daripada terbakar. Meja komputer riba yang terbaik ialah yang mempunyai ruang yang besar unuk proses pengaliran udara. Sesetengah meja komputer riba mempunyai kipas tambahan yang menggunakan kuasa dari komputer riba anda untuk sentiasa sejuk.

Tempat Yang Lembut

Menggunakan material yang lembut sebagai perantara diantara komputer riba anda adalah idea yang tidak bagus. Sentiasa memastikan komputer riba anda berada di atas permukaan yang keras akan membenarkan pengudaraan. Material yang lembut akan menghalang pengaliran udara dan akan menyebabkan terlebih panas.

Cabut Aksesori

Cabut sebarang aksesori semasa komputer riba anda tidak digunakan walaupun dalam tempoh masa yang pendek. Selain dari aksesori ini menggunakan kuasa, ia juga akan menyebabkan komputer riba anda terlebih panas. Anda juga diingatkan agar mencabut sebarang aksesori sebelum menyimpan komputer riba anda. Aksesori yang ditinggalkan di komputer riba akan menyebabkan kerosakan kepada komputer riba anda dan juga mungkin aksesori itu sendiri.

Sumber: LifeWire

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...