10 Shortcut Keyboard Untuk Windows 10

276

10 shortcut keyboard yang sering kali digunakan untuk Windows 10 akan disenaraikan dan diterangkan dengan lebih lanjut dalam artikel ini. Sebenarnya terdapat banyak shortcut dalam Windows 10 tetapi tidak semua shortcut sering pengguna gunakan.

windows 10
Sumber: Google Image

Windows Key – Tekan Windows Key dan anda akan dapat melihat Start Menu yang memudahkan anda untuk mula mencari dengan menaip nama aplikasi atau aplikasi Store atau tetapan komputer dan tekan Enter untuk memulakan.

windows 10 start menu
Sumber: Google Image

Windows Key + D – Kehilangan laman desktop? Hotkey ini akan membawa anda ke desktop semula.

windows 10 desktop
Sumber: Google Image

Windows Key + L – Hotkey ini akan mengunci skrin anda. Anda juga boleh menekan CTRL + ALT + DEL dan Enter untuk mengunci skrin.

windows 10 lock screen
Sumber: Google Image

Windows Key + E – Buka Windows Explorer. Anda juga boleh konfigurasi folder untuk Explorer.

windows 10 this pc
Sumber: Google Image

Windows Key + R – Shortcut ini akan membawa anda ke kotak dialog Run yang mencepatkan proses command. Anda juga boleh membuka command prompt dengan menaip CMD.

windows 10 run dialog
Sumber: Google Image

Windows Key + Tab – Ia akan menunjukkan imej kecil kesemua program yang anda sedang buka pada desktop semasa anda.

windows 10 quick view
Sumber: Google Image

Windows Key + I – Membuka tetapan Windows 10.

windows 10 settings
Sumber: Google Image

CTRL + Windows Key + L/R Arrow – Memudahkan pengguna untuk menukar desktop dengan cepat.

switch between desktops
Sumber: Google Image

CTRL + Shift + Esc – Membawa anda ke Windows 10 Task Manager.

windows 10 task manager
Sumber: Google Image

Windows Key + C – Membuka aplikasi Cortana dalam mod mendengar, sekiranya anda mengaktifkan Cortana.

windows 10 cortana
Sumber: Google Image

10 shortcut Windows 10 yang sering digunakan dan memudahkan pengguna telah disenaraikan. Kebanyakannya menggunakan Windows Key. Oleh itu, ia sangat memudahkan pengguna untuk mengingat. Beritahu kami pendapat anda! Terima kasih!

Sumber: Online Tech Tips 

Read More  3 Cara Untuk Mempercepatkan Muat Turun Pada Safari Yang Perlahan

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...