Tips Untuk Melihat & Mengambil Gambar Dalam Format Skrin Lebar (16:9) Dalam iPhone

1,177

Anda akan perasan sekiranya anda membeli iPhone baharu, semasa mengambil gambar, terdapat bar hitam di sebelah imej tersebut. Dalam erti kata lain, imej tidak memenuhi ruangan skrin. Perkara ini berkemungkinan akan menyebabkan pengguna berasa sedikit terganggu dan tidak berpuas hati apabila tidak dapat menikmati mod skrin lebar semasa mengambil gambar melalui iPhone.

Anda tidak perlu risau. Terdapat beberapa cara yang membolehkan anda mengambil dan melihat gambar dalam mod skrin lebar dalam iPhone. Ikuti artikel ini sehingga habis untuk mendapatkan informasi bernilai ini.

Aspek Ratio

Pertama sekali, fahami kenapa gambar yang diambil dalam iPhone mempunyai bahagian hitam di sebelah kiri dan kanan gambar.

Sumber: Google Image

Gambar yang diambil dari iPhone mempunyai ratio 4:3. Mengapa? Ia dihasilkan dari ratio yang dipilih dalam fotografi kerana lebih banyak pixel dan ia adalah format untuk cetakan. Sekiranya anda menggunakan ratio 16:9 untuk gambar, anda tidak dapat mengambil gambar dengan jumlah yang banyak.

Apple sepatutnya mempunyai pilihan untuk mengambil gambar dalam ratio 16:9 dan memberi amaran kepada pengguna apabila resolusi lebih dari resolusi maksimum. Dalam iOS, terdapat dua cara untuk mendapatkan gambar dalam ratio skrin lebar, samada mengedit gambar tersebut ataupun mengambil gambar semasa merakam video. Sekiranya gambar ratio 4:3 disunting ke 16:9, resolusi terhasil ialah 4032*2268. Jika mengambil gambar semasa merakam video, resolusinya ialah 3840*2160.

widescreen iphone photo
Sumber: Google Image

Maknanya, sekiranya anda meminati format skrin lebar, anda hanya perlu menyunting gambar tersebut kepada ratio 16:9.

Gambar Skrin Lebar Dalam iPhone

Langkah pertama, anda perlu merakam video. Buka aplikasi Camera dan alihkan ke video. Apabila anda mula merakam video, anda akan dapat lihat bulatan putih pada bahagian bawah skrin. Ini membenarkan anda mengambil gambar semasa merakam.

Read More  Bagaimana Hendak Menghantar Tab Firefox Dari Desktop Anda Ke Peranti Mudah Alih Anda?
take picture during video
Sumber: Google Image

Langkah kedua, edit gambar. Buka aplikasi Photos dan pilih gambar yang anda ingin edit.

edit photo
Sumber: Google Image

Pilih Edit.

crop rotate image
Sumber: Google Image

Pilih ikon Rotate and Crop.

change aspect ratio
Sumber: Google Image

Pilih butang aspek ratio.

change aspect ratio
Sumber: Google Image

Anda akan mendapat popup dengan beberapa aspek ratio yang bebeza. Anda perlu memilih ratio 16:9.

new aspect ratio
Sumber: Google Image

Akhir sekali, anda perlu crop imej tersebut. Hanya imej dalam petak cerah akan muncul dalam mod skrin penuh anda.

crop image
Sumber: Google Image

Pilih Done dan gambar anda akan tersedia dalam format skrin lebar!

Camera+ 

Anda juga boleh memuat turun aplikasi Camera+ di App Store. Anda dibenarkan menukar mod ke 16:9 dan imej akan secara automatic disimpan dalam kamera roll.

camera plus
Sumber: Google Image

Tekan pada ikon kecil ‘X’ dan pilih ikon skrin lebar dalam menu popup. Ini adalah langkah paling mudah untuk memastikan gambar diambil dalam format skrin lebar tanpa perlu melakukan secara manual. Resolusi imej adalah 4032*2268, juga merupakan resolusi maksimum dalam format ini.

Diharap tips yang diberi dapat membantu anda sedikit sebanyak. Sekiranya anda ada sebarang cadangan dan komen, jangan lupa tinggalkan di ruangan komen. Terima kasih. Selamat mencuba!

Sumber: Online Tech Tips

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...