Bagaimana Untuk Salin / Pindah (Copy / Transfer) Fail Ke iPad

104

Pertama sekali, Apple sangat memilih dari aspek format dan ia tidak mempunyai tool rasmi yang membolehkan fail ditukar kepada format iPad. Oleh itu, anda perlu menukar format fail menggunakan tool pihak ketiga contohnya HandBrake. Seterusnya, iCloud Drive adalah cara terbaik untuk anda mendapatkan sesuatu ke dalam iPad anda.

Melalui artikel ini, kami akan menerangkan beberapa cara untuk anda mendapatkan data dari komputer ke iPad anda. Sekiranya anda mahu memindahkan fail yang besar seperti filem, anda seharusnya menggunakan iTunes dengan kaedah sambungan terus. ICloud Drive adalah langkah terbaik untuk fail yang kecil seperti dokumen dan gambar. Anda dinasihatkan agar mengikuti artikel ini untuk mengetahui cara untuk berkongsi fail di Antara PC, tablet dan telefon pintar.

Pemindahan Langsung Dari iTunes

Anda boleh terus pindahkan data dari komputer ke iPad anda melalui kabel sekiranya format data tersebut adalah format yang disokong oleh Apple. Ini adalah kaedah yang paling cepat dan sangat disyorkan untuk fail yang besar (>100MB).

Sambungkan iPad anda ke komputer dan buka aplikasi iTunes. Dapat dilihat ikon kecil iPad pada bar navigasi.

select ipad itunes
Kredit: Google Image

Pilih ikon tersebut dan skrin tetapan akan dipaparkan. Pergi ke On My Device, kemudian pilih jenis data yang anda ingin pindahkan.

drag drop file
Kredit: Google Image

Pindahkan fail yang anda ingin pindah ke sebelah kanan skrin iTunes. Fail tersebut akan dimasukkan ke peranti anda secara automatik.

sync file itunes
Kredit: Google Image
ipad home videos
Kredit: Google Image

iCloud Drive

Kaedah kedua ialah iCloud Drive, yang merupakan tambahan kepada produk Apple. Anda boleh menggunakan iCloud Drive pada iPhone, iPad, Mac dan Windows PC anda. Untuk memulakan, anda harus mempunyai akaun iCloud dan harus log masuk ke semua peranti anda.

Read More  Fungsi CONCATENATE : Menggabungkan Perkataan Dari 2 Columns Berbeza

Pada Mac, pergi ke System Preferences dan pilih iCloud.

icloud drive preferences
Kredit: Google Image

Pastikan iCloud Drive telah ditandakan. Sekiranya anda ke Finder, iCloud Drive akan berada di bahagian menu kiri. Jika tiada, tekan Finder, kemudian Preferences dan pilih iCloud Drive.

finder icloud drive
Kredit: Google Image

Tekan iCloud Drive dalam Finder dan senarai folder seperti Numbers, Keynote, Pages dan laian-lain akan diberi. Anda juga boleh mencipta folder anda sendiri dan menambah jenis fail ke dalam drive anda.

icloud drive
Kredit: Google Image

Pindahkan fail anda disini dan fail tersebut akan dimuat naik ke iCloud. Anda hanya diberi ruang percuma sebanyak 5 GB dan anda akan dikenakan cas sekiranya anda mahu ruang lebih. Dalam iPad, anda perlu aktifkan iCloud Drive untuk melihat fail-fail anda. Pergi ke Settings, kemudian pilih iCloud Drive.

ipad settings icloud
Kredit: Google Image

Pastikan iCloud Drive diaktifkan (hijau), Show on Home Screen dan lain-lain. Sekiranya anda tidak mahu ia dihubungkan (synced) menggunakan plan data anda, matikan pilihan ini.

show on home screen
Kredit: Google Image

Apabila anda buka aplikasi iCloud Drive anda, anda akan dapat melihat fail yang anda telah tambahkan.

icloud drive app
Kredit: Google Image

Hanya fail dengan format yang disokong oleh Apple sahaja yang boleh dilihat melalui iPad anda.

AirDrop

Sekiranya anda pengguna iPhone 5 ke atas, iPad generasi ke-4 ke atas, iPod generasi ke-5 ke atas dan Mac Yosemite baharu ke atas, anda boleh menggunakan AirDrop untuk memindahkan fail Antara peranti Apple. AirDrop hanya bekerja di Antara peranti Apple. Ia tidak memerlukan sebarang kabel dan wayar semasa proses pemindahan fail.

Anda boleh mengaktifkan AirDrop dengan meleretkan dari bawah ke atas skrin.

control center apple
Kredit: Google Image

Tekan pada AirDrop dan anda akan lihat skrin lain dimana anda boleh memilih dengan siapa anda mahu kongsi. Anda boleh memilih Contact Only ataupun Everyone.

Read More  Cara-Cara Untuk Menulis Business Plan
airdrop share
Kredit: Google Image

Akhir sekali, pilih Share Option di dalam aplikasi seperti Photos, Safari dan lain-lain. Anda akan lihat bahagian lain yang dipanggil AirDrop. Apabila AirDrop diaktifkan pada peranti seterusnya, anda sudah boleh pindahkan data secara terus melalui WiFi ataupun Bluetooth.

airdrop share iphone
Kredit: Google Image

Dropbox, OneDrive, Box, Google drive dan lain-lain aplikasi juga merupakan antara alternatif lain untuk memindahkan fail anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan ataupun pendapat, hantarkannya ke ruangan komen. Terima kasih!

Sumber: Online Tech Tips 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...