MacBook VS MacBook Air VS Retina MacBook Pro. Yang Mana Pilihan Terbaik??

77

Anda lebih memilih untuk membeli MacBook berbanding komputer riba Windows, tetapi keliru untuk memilih model apa? Terdapat berbagai pilihan iaitu; 12-inci Retina MacBook baharu, MacBook Air lama, 13-inci non-Retina MacBook Pro dan 13 dan 15-inci Retina MacBook Pro. Perbezaan model-model ini akan dibincangkan dalam artikel ini.

mac laptops
Kredit: Google Image

Tunggu, atau Beli Sekarang?

Perkara utama anda harus tanya diri anda ialah samada membeli Mac sekarang ataupun tidak. Apple mencipta produk dan perkakasan (hardware) yang mempunyai reka bentuk yang terbaik di pasaran. Oleh itu, Apple memerlukan masa yang agak lama untuk mengeluarkan sesuatu produk baru dengan versi terbaharu. Contohnya, MacBook Air. Ia dikeluarkan lebih kurang 6 tahun lepas dan reka bentuknya tidak banyak berubah. Ia masih menggunakan cip Intel Broadwell (generasi ke 5) dimana anda boleh membeli komputer riba Windows dengan processor Skylake (generasi ke 6). Anda boleh ke  MacRumors Buying Guide untuk mendapatkan tips.

mac buying guide
Kredit: buyersguide.macrumors.com

Seperti yang anda lihat, tag yang bertanda merah menberi cadangan kepada anda agar tidak membeli. Ini kerana komputer riba sudah lama tidak dikemas kini dan tidak sesuai untuk kegunaan. Non-Retina MacBook Pro tidak digalakkan dibeli keran harganya mahal tetapi ia dikemas kini lebih kurang 1500 hari yang lepas. Oleh itu, Retina MacBook Pro, MacBook Air dan MacBook Antara yang disyorkan untuk anda beli.

Paparan Retina

Perbezaan terbesar antara komputer riba ialah retina dan non-retina. Paparan retina kebiasaannya mempunyai pixel yang lebih besar dimuatkan dalam skrin yang memberi resolusi lebih dari 1080p. Anda akan mendapat paparan 4K atau 5K dari Apple sekiranya anda membeli iMac.

retina vs non-retina
Kredit: Google Image

Sekiranya anda pengguna paparan retina, anda akan sangat berpuas hati dengan paparan skrinnya yang sangat jelas dan mempunyai banyak perbezaan dengan non-retina. Setiap retina Mac mempunyai perbezaan resolusi kerana saiznya:

12-inch MacBook - 2304x1440
13-inch MacBook Pro w/Retina - 2560x1600
15-inch MacBook Pro w/Retina - 2880x1800

 

Read More  Bagaimana Untuk Melihat Sejarah Lokasi Google Maps

Anda akan lebih berpuas hati sekiranya anda membeli komputer riba Mac dengan paparan retina. Kelebihan membeli MacBook Air ialah anda akan mendapat skrin bersaiz besar (13.3 inci), processor yang cepat (sehingga dual-core i7), jangka hayat bateri yang lebih baik, dual USB dan Thunderbolt 2 Ports. Selain daripada itu, Macbook lebih berkualiti dari Air dalam aspek lain.

Ports

Ports merupakan salah satu faktor yang juga boleh mempengaruhi. Contohnya, MacBook 12-inci hanya mempunyai satu port: USB-C port. Ia merupakan iteration terbaharu USB, masih belum semua peranti menggunakan USB-C. USB-C port digunakan untuk kuasa dan juga cas komputer riba.

Kredit: Google Image
12 inci MacBook

Kedua-dua MacBook Air (11-inci dan 13-inci) mempunyai jumlah port yang sama: dua USB 3 port dan satu Thunderbolt 2 port. Model 13-inci juga mempunyai SDXC kad slot yang akan anda guna untuk memindahkan video dan gambar dari kamera dan sebagainya.

macbook air 13in ports
13 inci MacBook Air

Kedua-dua model mempunyai jack audio-out dan port Magsafe untuk power. Seterusnya, retina MacBook Pro (13-inci dan 15-inci), didatangkan dengan dua USB 3 port, dua Thunderbolt 2 port, satu HDMI port dan satu kad slot SDXC.

retina macbook ports
Retina MacBook Pro

Berat & Dimensi

Antara factor penting yang harus dititik beratkan ialah berat dan dimensi komputer riba tersebut. MacBook 12-inci dan MacBook Air sangat ringan dan nipis, sesuai untuk anda yang sering membawa komputer ke mana-mana. Akhir sekali, MacBook retina agak berat dan tebal, tetapi ia mempunyai lebih kuasa dari aspek CPU dan paparan grafik. Senarai saiz dan berat untuk setiap komputer riba:

MacBook 12-inci

macbook size weight
Kredit: Google Image

MacBook Air 11 & 13 inci

macbook air size weight
Kredit: Google Image

MacBook Pro Retina 13 & 15 Inci

macbook pro size and weight
Kredit: Google Image

CPU, Memori & Penyimpanan

Sekiranya anda ingin melakukan penyunting video yang berat menggunakan Final Cut Pro, anda dinasihatkan untuk mendapatkan Mac dengan SSD, processor core i5 atau i7 dan sekurang-kurangnya 16 GB RAM.

Read More  Berbaloikah Anda Tukar/Naik Taraf Ke iPhone 8 Atau iPhone X?

Jika anda memerlukan RAM 16 GB, maka anda perlu membeli Retina MacBook Pro. Sekiranyan anda mahu penyimpanan 512 GB, anda perlu mengelakkan dari membeli MacBook Air kerana ia hanya menawarkan penyimpanan 256 GB.

Perbezaan besar lain ialah CPU di dalam setiap komputer riba. MacBook 12-inci menggunakan processor Intel Core mm3, m5, dan m7. MacBook Air dinaik taraf ke processor dual-core i5 dan i7. Seterusnya, MacBook Pro lebih canggih dengan processor quad-core i7 (dalam computer riba 15-inci).

12-inci MacBook

macbook cpu ram
Kredit: Google Image

11 & 13 inci MacBook Air

macbook air cpu ram
Kredit: Google Image

13 & 15 inci Retina MacBook Pro

retina macbook pro cpu ram
Kredit: Google Image

Grafik & Video

Akhir sekali, perbezaan utama setiap komputer riba ialah kad grafik. Hanya 15 inci Retina MacBook Pro menggunakan kad grafik diskret. Walau bagaimanapun, jangan beli komputer riba model ini untuk tujuan gaming. Ia hanya sesuai untuk anda yang bekerja dengan aplikasi CAD, penyuntingan video dan sebagainya.

Spek penuh untuk setiap model:

MacBook 12 inci

macbook graphics
Kredit: Google Image

MacBook Air 11 & 13 inci

macbook air graphics
Kredit: Google Image

Macbook Pro 13 & 15 inci

retina macbook pro video
Kredit: Google Image

Diharap informasi yang diberi dapat membantu anda untuk membuat keputusan. Terima kasih!

Sumber: Online Tech Tips

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...