Langkah Mudah Untuk Memasang Windows 10

90

Tetapkan semula PC Windows 10 adalah perkara yang berbeza dari memasang dengan cara selamat. Sekiranya anda mempunyai mesin OEM, memasang dengan cara selamat kebiasaannya memerlukan perisian (software) tambahan yang diperlukan oleh OEM. Anda boleh memuat turun Windows 10 ISO dengan mudah tetapi secara manual anda harus memasangnya dengan selamat. Langkah selamat memasang Windows 10 akan diperincikan di dalam artikel ini;

Sebelum Memasang

Sebelum anda memasang Windows 10, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu. Pertama sekali, anda debri pilihan untuk menyimpan fail peribadi anda, ia bergantung kepada anda untuk menyimpan ataupun tidak.

Seterusnya, apabila laksanakan pemasangan dengan tool baharu, anda tidak akan diberi peluang untuk mengubah saiz cekera keras anda. Sekiranya anda mahu mengubah saiz drive anda, anda perlukan kaedah lama iaitu memasang secara manual. Semasa prosedur ini, Windows tidak akan mengganggu sebarang maklumat dan fail di dalam cakera keras anda.

Ketiga, anda perlu memastikan anda memasang Windows 10 Anniversary Update.

Pemasangan Windows 10

Untuk memulakan, anda perlu pilih Start, kemudian Settings, dan Update & Security, Recovery.

recovery options windows
Kredit: Google image

Pada bahagian atas, di bawah More recovery options klik pautan Learn how to start fresh with a clean installation of Windows. Di Start Fresh, pilih butang Download Tool Now.

download tool now
Kredit: Google image

Ia akan memuat turun ke folder Downloads anda secara automatik. Double click pada fail RefreshWindowsTool.

refresh windows tool
Kredit: Google Image
pc fresh start
Kredit: Google Image

Pop-up yang meminta anda membuat pilihan samada untuk memadam fail akan muncul di skrin anda.

 dan kemudian proses pemasangan akan bermula.

step 1 download windows 10
Kredit: Google Image

Kemudian, tool akan mencipta media Windows.

step 2 create windows 10 media
Kredit: Google Image

Akhir sekali, ia akan memuat turun kemaskini terbaru dan menambah ke media juga.

Read More  Jadikan Video Sebagai Wallpaper Anda!
step 3 get updates
Kredit: Google Image

Apabila sudah selesai, Windows akan restart dan anda akan melihat mesej Installing Windows di skrin anda.

installing windows
Kredit: Google Image
setting up windows
Kredit: Google Image

Semoga bermanfaat untuk anda! Selamat mencuba!

Sumber: Online Tech Tips

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...