Langkah Mendapatkan Kata Laluan yang Tersembunyi dan Disimpan Dalam Windows

121

Setiap kali anda log masuk ke laman web, Windows secara sulit berfungsi di latar belakang untuk menyimpan ataupun tidak bukti kelayakan anda dalam sistem operasi (operating system). Nama pengguna (Username) dan kata laluan (password) akan disimpan dalam pendaftaran, dengan fail kelayakan dan dalam Windows Vault. Kelayakan akan disimpan dalam format encrypted, tetapi boleh decrypted dengan menggunakan kata laluan Windows anda. Beberapa tool untuk melihat kata laluan tersembunyi dalam sistem anda akan disenaraikan di bawah;

Windows Credential Manager

Credential Manager ialah tool yang sedia ada dalam Windows.

credential-manager
Kredit: Online Tech Tips

Terdapat dua kategori iaitu Web Credentials dan Windows Credentials. Web Credentials menyimpan kata laluan anda daripada laman web yang anda simpan semasa  melayari Internet Explorer ataupun Microsoft Edge. Pilih pautan Show.

show-password
Kredit: Online Tech Tips

Anda perlu memasukkan kata laluan Windows anda untuk decrypt kata laluan anda.

Sekiranya anda memilih Windows Credentials, anda mungkin akan melihat lebih banyak kelayakan disimpan. Ini adalah kelayakan apabila disambungkan dengan perkongsian rangkaian, komputer berbeza dalam rangkaian, ataupun peranti rangkaian seperti NAS.

windows-credentials
Kredit: Online Tech Tips

Setiap pelayar mempunyai ciri yang sama yang membolehkan anda mencari kata laluan yang disimpan. Dalam Chrome, pilih tiga titik pada bahagian atas kanan dan tekan Settings. Kemudian pilih Show advanced settings. Pada bahagian Passwords and forms, pilih Manage saved passwords pautan seterusnya ke Offer to save your web passwords.

manage-saved-passwords
Kredit: Online Tech Tips

Anda akan dapat melihat senarai kata laluan yang disimpan di dalam Chrome.

show-passwords
Kredit: Online Tech Tips

Utiliti Pihak Ketiga

Sekiranya anda tidak dapat mencari kata laluan anda dengan kaedah yang di atas, ia masih tersimpan dalam lokasi lain dalam sistem anda. Anda perlu menggunakan utiliti pihak ketiga contohnya Nirsoft, ia percuma. Terdapat tiga tool yang anda boleh gunakan iaitu; EncrytedRegView, CredentialsFileView, dan VaultPasswordView.

 

Read More  Formula Mengira Titik Pulang Modal

EncrytedRegView

Tandakan pada kotak Run as administrator. Kemudian tekan OK. Program ini akan mengimbas pendaftaran dan decrypt setiap kata laluan dalam pendaftaran.

encryptedregview
Kredit: nirsoft.net

 

CredentialsFileView

Anda perlu pilih Run as Administrator semasa run program ini.

run-as-admin
Kredit: nirsoft.net

Anda perlu memasukkan kata laluan Windows anda sebelum menetan OK.

type-login-password
Kredit: nirsoft.net

Anda akan melihat kebanyakan kelayakan tersimpan dalam sistem anda.

credentialsfileview
Kredit: nirsoft.net

 

VaultPasswordView

Program ini berfungsi sama seperti CredentialsFileView, tetapi ia dapat dilihat dari Windows Vault. Oleh itu, program ini lebih sesuai untuk pengguna Windows 8 dan Windows 10 kerana sistem operasinya (operating system) menyimpan kata laluan untuk Windows Mail, Edge, dan IE dalam Windows Vault.

vaultpasswordview
Kredit: nirsoft.net

Jika anda pernah terlupa kata laluan yang anda gunakan, anda boleh mencuba tool yang disenaraikan untuk mendapatkan semula kata laluan anda. Selamat mencuba!

Sumber: Online Tech Tips

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...