Bagaimana Untuk Melihat Sejarah Lokasi Google Maps

180

Sekiranya anda pengguna Google Maps di telefon pintar sebagai peranti GPS utama anda, sejarah lokasi anda boleh didapati di dalam akaun Google anda. Dalam artikel ini, langkah untuk mendapatkan sejarah lokasi anda akan dibongkarkan.

navigation-map
Online Tech Tips

 Sejarah Lokasi On / Off

Terdapat beberapa kaedah untuk menghidupkan dan mematikan sejarah lokasi bergantung kepada peranti anda. Oleh itu, jika ada memasang Google Maps pada peranti anda, ia akan merekod sejarah lokasi anda.

Desktop / Komputer Riba

Sekiranya anda menggunakan komputer riba ataupun desktop, tetapan boleh diubah di Google Activity Controls.

activity-controls-google
Kredit: Online Tech Tips

Leretkan ke bawah sehingga anda melihat sejarah lokasi dan kemudian pilih samada anda mahu hidupkan atau tidak tetapan ini.

 Android

Pada peranti Android, anda perlu ke aplikasi Settings. Pilih ikon semua aplikasi di bahagian tengah kemudian pilih Settings.

settings-app-android
Kredit: Online Tech Tips

Leretkan ke bawah sehingga anda melihat seksyen Personal dan item pertama seharusnya Location. 

settings-personal-location
Kredit: Online Tech Tips

Tekan pada Location, anda boleh memilih untuk hidupkan atau tidak tetapan ini. Anda juga akan dapati pilihan lain iaitu Google Location History.

android-location-history
Kredit: Online Tech tips
device-list-location-history
Kredit: Online Tech Tips
iPhone

Terdapat beberapa cara untuk mengubah tetapan ini dalam iPhone. Cara yang paling mudah ialah dengan membuka Google Maps dan kemudian pilih ikon hamburger pada bahagian atas kiri.

iphone-maps-settings
Kredit: Online Tech Tips

Pilih Settings, leretkan kemudian pilih Location history .

iphone-location-history
Kredit: Online Tech Tips

Jika telefon anda mempunyai aplikasi pencarian Google, pilih aplikasi ini kemudian pilih Privacy, dan aktifkan Location.

google-app-location
Kredit: Online Tech Tips

 Melihat Garis Masa (Timeline)  Google Maps

Untuk melihat garis masa anda, hanya pergi ke maps timeline linkSkrin utama akan memberikan gambaran keseluruhan sejarah lokasi anda.

google-maps-timeline
Kredit: Online Tech Tips

Anda akan dapat lihat peta besar dengan sekumpulan titik merah. Setiap titik ini mewakili perjalanan yang anda perlu lalui. Sekiranya anda double-click pada dot merah ini, anda akan dapat melihat laluan perjalanan dengan lebih jelas.

Read More  Empat Alternatif Terbaik Untuk YouTube Kanak-Kanak
example-trip-google-timeline
Kredit: Online Tech Tips

Kesimpulannya, Google akan mengetahui lokasi anda sepanjang masa sekiranya anda menghidupkan tetapan ini. Semoga informasi ini memberi kesan positif kepada anda. Selamat mencuba!

Sumber: Online Tech Tips

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...