10 Chrome Extension Yang Anda WAJIB Pasang

96

Sekiranya anda pengguna tegar Google Chrome, anda perlu tahu tentang Chrome Extension yang terbaik yang perlu anda pasang. Terdapat extension yang spesifik kepada pengguna seperti pemaju, peminat muzik, peminat permainan video, penulis blog dan kategori-kategori lain. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa extension yang lebih bersifat sejagat (universal) dan dapat membantu pengguna dalam kerja-kerja seharian.

Kami akan menyenaraikan SEPULUH (10) Chrome extension yang terbaik untuk anda pasang. Memasang terlampau banyak extension dalam chrome juga tidak baik untuk anda kerana akan mengganggu proses anda melayari maklumat. Oleh itu, pilih extension yang memberi manfaat kepada anda dan memudahkan anda.

Speed Dial 2

Kredit: Online Tech Tips

Speed Dial 2 membenarkan anda menyusun halaman dan aplikasi kegemaran anda ke dalam satu kumpulan. Selain itu, anda juga boleh menetapkan tema dan menyesuaikan penyusunannya. Anda juga boleh mencipta akaun dan menghubungkan (sync) melalui semua peranti anda.

LastPass

Kredit: Online Tech Tips

Sekiranya anda masih belum mempunyai sebarang pengurus kata laluan, anda patut mencuba LastPass. Pengurus kata laluan merupakan kewajipan kepada semua orang untuk memilikinya kerana kebelakangan ini terdapat banyak syarikat yang digodam dan tambahan banyak maklumat peribadi yang telah dibocorkan.

Pengurus kata lalauan akan memastikan anda mencipta kata laluan yang lengkap dan berbeza untuk setiap halaman.

HTTPS Everywhere

Kredit: Online Tech Tips

HTTPS Everywhere merupakan salah satu extension yang patut anda pasang kerana ia akan menggunakan keselamatan HTTPS untuk halaman yang tidak selamat. Ia wujud untuk melindungi pengguna dalam dunia digital. Kelemahan extension ini adalah ia menggunakan memori yang agak besar jika dibandingkan dengan extension lain.

Disconnect

Kredit: Online Tech Tips

Disconnect merupakan extension yang akan memastikan setiap laman web yang anda lawati tidak menjejaki setiap perbuatan anda semasa dalam talian. Oleh yang demikian, ia akan menjimatkan penggunaan data dan mengurangkan masa untuk memuat laman tersebut.

Read More  9 Tips Menggunakan Firefox Yang Anda Tidak Ketahui

Adblock Plus

Kredit: Online Tech Tips

Adblock Plus menyekat sebarang iklan daripada laman web yang tidak berkualiti dan mengandungi malware. Kelemahan extension ini ialah ia akan menyekat sesetengah laman seperti Forbes.com kecuali anda telah whitelist kan laman tersebut.

Honey

Kredit: Online Tech Tips

Honey sangat sesuai untuk mereka yang suka untuk membeli-belah secara dalam talian. Extension ini secara automatik akan mencari kupon dan menggunakannya apabila anda sedia untuk daftar keluar.

Grammarly

Kredit: Online Tech Tips

Grammarly merupakan extension yang akan menyemak ejaan dan tatabahasa yang anda gunakan untuk setiap laman web dan aplikasi.

uBlock Origin

Kredit: Online Tech Tips

uBlock Origin adalah extension yang akan menyekat pengguna dari melawat laman web yang mengandungi phishing dan malware dengan melihat senarai hitam domain dan URLs. uBlock Origin sangat efektif dan menjimatkan penggunaan memori dalam komputer peribadi anda.

Turn Off the Lights

Kredit: Online Tech Tips

Turn Off the Lights akan berfungsi untuk menggelapkan latar belakang skrin anda apabila anda menonton video kecuali video tersebut mempunyai latar belakang yang menarik. Extension ini sangat sesuai untuk anda sekiranya anda gemar menonton video.

FireShot

Kredit: Online Tech Tips

Akhir sekali, plugin FireShot akan membantu anda untuk screenshot skrin anda. Extension ini membolehkan anda screenshot keseluruhan laman web yang anda mahu dan menyimpannya sebagai gambar ataupun fail PDF.

Kesemua extension yang dinyatakan adalah senarai extension yang terbaik untuk Google Chrome anda.  Anda mungkin akan MENYESAL sekiranya tidak mencuba untuk pasang Chrome extension ini. Selamat mencuba dan terima kasih!

Sumber: Online Tech Tips

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...