Langkah Memanjangkan Jangka Hayat Bateri iPad Anda

224

 

Apple kebiasaannya mempunyai tempoh masa tertentu untuk jangka hayat iPad berdasarkan kekerapan penggunaannya. Perisian (Software) adalah penyebabnya. Walaupun Apple sering melancarkan perkakasan (Hardware) yang hebat, tetapi Software mereka masih kurang baik. Contohnya, versi baharu iOS semakin perlahan. Walaupun memori iPhone besar, anda mungkin akan menghadapi kekurangan ruang walaupun anda menggunakan iCloud untuk menyimpan segala-galanya. Selain itu, terdapat beberapa model iPad yang dipasang dengan versi iOS yang berbeza-beza.

Lihat langkah-langkah untuk memanjangkan jangka hayat bateri iPad anda melalui kaedah menetapkan tetapan iOS di bawah;

Langkah 1 – Selaraskan Kecerahan Automatik

Kredit: Online Tech Tips

Skrin anda akan menjadi penyebab terbesar kepada kerosakan bateri iPad anda. Pertama sekali, pastikan skrin anda diselaraskan kepada kecerahan automatik. Leretkan dari kiri ke kanan skrin, slider kecerahan berada di bahagian atas kanan.

Langkah 2 – Matikan Bluetooth & Selular

Sekiranya anda tidak menggunakan Bluetooth dan Selular, anda perlu matikan tetapan ini.

Kredit: Online Tech Tips

Walaupun anda sambungkan ke WiFi, sambungan selular perlu dimatikan.

Langkah 3 – Matikan Aplikasi Latar Belakang (Background App Refresh)

Setiap aplikasi yang dipasang mempunyai tetapan untuk latar belakang. Oleh itu, untuk mengurangkan penggunaan bateri, anda perlu matikan tetapan ini.

Kredit: Online Tech Tips

Langkah 4 – Mengurangkan Masa Auto-Lock

Menggunakan masa yang rendah untuk Auto-Lock juga dapat membantu mengurangkan penggunaan bateri. Skrin iPad anda akan sentiasa aktif sekiranya anda menonton video. Auto-Lock akan berfungsi sekiranya anda tidak menggunakan iPad anda.

Kredit: Online Tech Tips

Langkah 5 – Matikan Perkhidmatan Lokasi

Sepanjang aplikasi di refresh, banyak aplikasi yang akan menggunakan lokasi anda walaupun aplikasi tidak digunakan. Tetapan lokasi untuk setiap aplikasi berada di Privacy – Location Services.

Kredit: Online Tech Tips

Setkan kepada Never ataupun While Using. Jangan sesekali aktifkan sebagai Always kerana aplikasi akan sentiasa mencari lokasi anda.

Read More  Tak Ada Duit Nak Mulakan Perniagaan? Jangan Risau, Cuba 5 Cara Ini!

Langkah 6 – Aktifkan Tetapan Do Not Disturb

Setkan sebagai Manual dan aktifkan mod Do Not Disturb sepanjang masa ataupun hanya waktu malam sahaja. Skrin anda tidak akan memberi notifikasi dan skrin anda tidak bercahaya untuk setiap notifikasi. Oleh itu, ia akan menjimatkan penggunaan bateri anda.

Kredit: Online Tech Tips

Langkah 7 – Matikan Push in Mail

Sekiranya anda mempunyai banyak emel dalam iPad anda, Push emel anda akan meningkatkan penggunaan bateri. Oleh itu, anda dicadangkan supaya matikan Push setiap akaun emel anda.

Kredit: Online Tech Tips

Sekiranya anda mahu menjimatkan penggunaan bateri, setkan tetapan ini kepada manual.

Langkah 8 – Semak Penggunaan Bateri

Akhir sekali, di tetapan Settings pergi ke Battery untuk melihat aplikasi yang menggunakan nilai bateri yang besar dalam tempoh 24 jam ataupun tujuh hari.

Kredit: Online Tech Tips

Cuba praktikkan kesemua petua yang diberi untuk melihat keberkesanannya. Bateri anda akan tahan lebih lama dan akan membantu akan mengurangkan caj. Pastikan juga iPad anda sentiasa dikemaskini. Jika anda mempunyai tips yang lain, hantarkan di ruangan komen. Terima kasih!

Sumber: Online Tech Tips

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...