Bagaimana Untuk Menjadikan Telefon Pintar Anda Sebagai Kamera Keselamatan Rumah

187
IMG_2688_stomped
Kredit: Google.com

Mempunyai kamera keselamatan rumah yang memudahkan adalah salah satu langkah keselamatan yang terbaik yang boleh diambil. Telefon pintar juga boleh digunakan untuk memantau keselamatan rumah anda. Telefon pintar boleh diubah menjadi satu kamera keselamatan rumah yang berfungsi sama seperti CCTV.

Proses ini bergantung kepada aplikasi Manything, dimana anda perlu pasangkan di kedua-dua telefon pintar anda, telefon yang anda akan jadikan sebagai kamera dan telefon semasa anda yang membolehkan anda melihat rakaman kamera tersebut. Aplikasi ini terdapat dalam versi IOS dan Android.

Manything adalah percuma jika hanya menggunakan satu kamera dan tiada rakaman awan (cloud). Walau bagaimanapun, Manything juga terdapat dalam versi berbayar yang menawarkan ciri-ciri yang berbeza. Antara tawaran Manything:

Screen Shot 2016-04-13 at 1.27.36 PM_stomped
Kredit: Google.com

Plan dengan harga (convertkan sekali ke dalam ringgit) $2.99/bulan menawarkan penggunaan satu kamera dan ia menyimpan rakaman anda sehingga dua hari.

Apabila anda memuat turun dan memasang aplikasi ini pada telefon pintar anda yang akan bertindak sebagai kamera, tekan “Register” di bahagian bawah untuk bermula.

IMG_2676_stomped
Kredit: Google.com

Masukkan alamat emel anda dan cipta kata laluan untuk kegunaan Manything. Pilih “Register” apabila sudah selesai.

IMG_2677_stomped
Kredit: Google.com

Kemudian, pilih “Camera”.

IMG_2673_stomped
Kredit: Google.com

Manything akan memohon kebenaran anda untuk melayari kamera telefon anda dan mikrofon anda. Pilih “OK”.

IMG_2674_stomped
Kredit: Google.com

Selepas itu, paparan kamera akan muncul di skrin anda. Mulakan pemantauan rumah anda dengan menekan butang merah untuk merekod. Pastikan telefon anda sentiasa dicas untuk memastikan tidak kehabisan bateri semasa merekod.

IMG_2675_stomped
Kredit: Google.com

Muat turun dan pasang aplikasi Manything pada telefon pintar utama anda. Buka aplikasi ini, seterusnya sentuh pada “Log in” dan masukkan alamat emel dan kata laluan anda.

Read More  Bagaimana Hendak Mengunci Nota Pada iPhone?
IMG_2676_stomped
Kredit: Google.com

Pilih “Viewer”.

IMG_2673_stomped
Kredit: Google.com

Telefon pintar yang bertindak sebagai kamera akan disenaraikan.

IMG_2678_stomped
Kredit: Google.com

Pilih kamera yang anda ingin lihat dalam masa sebena. Anda juga boleh melihat senarai rakaman sekiranya terdapat sebarang pergerakan. Setiap rakaman ini akan dimuat naik ke simpanan “cloud” (Manything’s Servers).

IMG_2680_stomped
Kredit: Google.com 

Tekan ikon tetapan pada bahagian atas kanan untuk melihat dan mengubah tetapan.

IMG_2680.1_stomped
Kredit: Google.com

Stills Mode” ialah kamera yang akan mengambil gambar secara berterusan bukan untuk merakam video, ia boleh membantu mengurangkan “bandwidth” jika sambungan Wi-Fi anda tidak kuat

IMG_2683_stomped
Kredit: Google.com

Motion Detection” membenarkan anda menukar sensitiviti kamera anda.

IMG_2684_stomped copy
Kredit: Google.com

Tetapan “Video Quality” membolehkan anda menetapkan kualiti video yang anda mahukan.

IMG_2686_stomped
Kredit: Google.com

Manything boleh merakam melalui sambungan selular, tetapi pastikan “Allow Cellular Data” dimatikan bagi mengelakkan bil bulanan anda melambung. Walau bagaimanapun, anda masih dapat melihat secara langsung dan merakam dari telefon anda melalui sambungan selular.

IMG_2682_stomped
Kredit: Google.com

Akhir sekali, pilih “Screen Dimmer” dan pastikan “Bright On Movement” dimatikan.

IMG_2687_stomped
Kredit: Google.com

Setelah anda selesai menetapkan tetapan anda, anda sudah boleh menunggu sebarang notifikasi dari aplikasi anda. Ia akan merakam secara automatik dan menyimpan rakaman anda.

IMG_2672_stomped
Kredit: Google.com

Sumber: howtogeek 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...