Bolehkah Membiarkan Komputer Riba Dicas Sepanjang Masa?

1,123

Bolehkah anda membiarkan komputer riba anda sentiasa di cas walaupun tidak digunakan sepanjang masa? Adakah cara ini baik untuk bateri komputer riba anda? Ini adalah soalan yang selalu bermain di minda kita sebagai pengguna, mungkin ada yang sudah mengetahui akibatnya. Mungkin juga masih yang tidak tahu.

Bateri Komputer Riba Tidak Akan Terlebih Cas

Penting bagi kita untuk mengetahui bagaimana standard bateri lithium ion (Li-ion) dan Lithium polymer (LiPo) bekerja di dalam peranti yang moden.  Terdapat banyak mitos tentang bateri yang direka oleh orang luar.

Tiada istilah bateri terlebih cas. Contohnya, apabila bateri anda telah mencapai 100%  dan anda masih mengecas bateri anda, pengecas akan berhenti mengecas bateri anda. Komputer riba anda secara automatik akan menghentikan kabel kuasa. Oleh itu, risiko bateri rosak berpunca dari terlebih cas adalah tidak akan terjadi dan tidak benar sama sekali.

Kesemua Bateri Mempunyai Jangka Hayat

Bateri komputer riba anda akan sentiasa dipakai sepanjang masa. Setiap bateri mempunyai rating yang berbeza, tetapi selalunya kitaran nya dalam 500 kali cas penuh sahaja. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud anda tidak boleh mengecas bateri komputer riba anda sebaliknya anda tidak digalakkan membiarkan bateri anda dicas pada tahap pengecasan yang tinggi. Selain itu, sudu yang tinggi juga akan menggurangkan jangka hayat bateri anda.

Seterusnya, sekiranya anda ingin menyimpan komputer riba anda di dalam almari dan sebagainya, anda perlu membiarkan bateri laptop anda lebih kurang 50% sahaja dan memastikan tempat penyimpanan itu tidak panas. Ini mampu menambah jangka hayat bateri anda.

Menanggalkan Bateri Untuk Mengelakkan Kepanasan

Sekiranya anda menggunakan komputer riba yang boleh ditanggalkan bateri, anda digalakkan menanggalkan bateri supaya dapat mengelakkan bateri dari kepanasan.

Read More  Infografik : Motivasi Mantap Untuk Usahawan Berjaya!

Bolehkah Membiarkan Komputer Riba Dicas atau Tidak?

Membiarkan bateri pada kapasiti 100% akan mengurangkan jangka hayat bateri, malah jika berulang-ulang mengecas dan mencabut cas juga akan mengurangkan jangka hayat bateri. Persoalannya, apakah yang membuatkan jangka hayat bateri anda bertambah.

Apple menasihati pengguna mereka agar tidak membiarkan MacBooks sentiasa dicas. Sesetengah pengeluar PC mengatakan meninggalkan komputer riba di cas pada setiap masa tidak mendatangkan keburukan, manakala pendapat lain mengatakan perkara ini tidak dapat dijelaskan tanpa penyebab yang kukuh.

Apple juga menasihati agar pengguna mengecas bateri sekurang-kurangnya sekali dalam masa sebulan. Semua ini bergantung pada peranti dan teknologi bateri tersebut.


Bateri komputer riba anda tidak akan kekal selama-lamanya, dan secara beransur-ansur akan mempunyai kapasiti yang kurang dari masa ke masa. Walaupun bateri komputer riba anda rosak, anda masih boleh menggunakan komputer riba anda apabila ia disambungkan dengan punca kuasa.

Sumber: howtogeek

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...