Aplikasi Pencetak Terbaik Android Anda. Ramai Tidak Tahu Teknologi Ini Wujud.

151

Ia mungkin kelihatan pelik dan jarang didengari mengenai mencetak dokumen dan gambar dari telefon pintar Android atau tablet anda, tetapi suatu hari anda memerlukannya. Contohnya, ahli perniagaan mungkin perlu mencetak maklumat pembentangan yang penting sebelum pergi ke mesyuarat, atau seseorang mungkin perlu mencetak pas masuk atau tiket program. Percetakan dari telefon juga berguna untuk berkongsi gambar.

Untungnya, ia agak mudah dicetak dari peranti Android; dan ini caranya.

Google Cloud Print

Ada beberapa aplikasi pencetakan untuk Android, tetapi yang satu ini ialah pilihan hebat. Daripada menggunakan direct Wi-Fi atau sambungan bluetooth ke mesin pencetak, Cloud Print membolehkan pengguna untuk berhubung dengan mana -mana mesin pencetak yang serasi dengan Google Cloud. Bergantung kepada peranti anda, samada Cloud Print yang telah disedia di dalam sistem operasi anda atau yang aplikasi yang telah dimuat turun, anda masih boleh menggunakan ciri Google ini.

Untuk mencuba ciri Cloud Print ini, kami menggunakan mesin pencetak Brother all-in-one yang telah terdapat di dalam senarai mesin pencetak yang serasi.

Pada kali pertama, ia tidak berhubung dengan Google Cloud secara automatik. Jadi, kami terpaksa menambah mesin pencetak kami secara manual. Kemudian barulah ciri ini dapat berfungsi dengan sempurna. Untuk menambah mesin pencetak ini secara manual, anda perlu pergi ke tetapan Chrome’s advanced dan kemudian pergi ke Google Cloud print dan klik menguruskan peranti Clour Print. Anda akan lihat senarai mesin pencetak yang disambungkan di bawah rangkaian Wi-Fi yang sama.

(Pastikan mesin pencetak anda telah dihidupkan dan online. Anda juga perlu ingat, dokumen yang boleh dicetak hanya dari aplikasi Google termasuklah Chrome, Docs dan Gmail)

Read More  Cara Untuk Mengetahui Pemacu Cakera keras ( Hard Disk Drive ) Anda Ingin Rosak

Seperti biasa setiap peranti mungkin berbeza. Cloud Print menawarkan pilihan percetakan standard, termasuk saiz kertas, percetakan dua sisi, halaman cetak terpilih, dan banyak lagi. Pengguna boleh berkongsi pencetak mereka dengan rakan dan keluarga yang dipercayai, jadi ciri ini tidak terhad untuk pencetak anda.

Starprint

Untuk mencetak dari aplikasi bukan Google, Starprint adalah alternatif yang baik, yang mencetak dari Word, Excel, dan kebanyakan aplikasi mudah alih. Pengguna boleh mencetak melalui Wi-Fi, Bluetooth, dan USB,malah aplikasi ini serasi dengan beribu-ribu model pencetak. Mencetak melalui USB memerlukan kabel USB on-the-go (OTG) khas, yang membolehkan telefon pintar atau tablet anda bertindak sebagai tuan rumah supaya ia boleh dilampirkan kepada pencetak. Kabel OTG USB boleh didapati secara dalam talian. Terdapat juga versi percuma Starprint yang disokong iklan serta versi berbayar yang menyekat iklan.

Aplikasi Dari Syarikat Mesin Pencetak

Setiap jenama pencetak besar, termasuk Canon, Epson, HP, dan Samsung juga mempunyai aplikasi mudah alih, yang berguna jika anda berada di sebuah hotel, ruang pejabat yang dikongsi, atau biasanya menggunakan pencetak sama tanpa wayar.

Aplikasi ePrint HP serasi dengan beribu-ribu HP Public Print Locations, yang terletak di FedEx Kinkos, kedai UPS, kios lapangan terbang dan lounge VIP. Ia boleh mencetak melalui Wi-Fi atau NFC. Aplikasi Cetakan Mudah Alih Samsung juga boleh mengimbas dan memfaks dokumen.

PrinterOn

Alternatif lain ialah PrinterOn, yang menghubungkan anda dengan pencetak yang serasi di lokasi awam di kawasan anda, seperti lapangan terbang, hotel, dan farmasi. PrinterOn membolehkan pencetak untuk terus menghantar e-mel terus ke pencetak. Anda boleh menggunakan perkhidmatan lokasi atau carian kata kunci untuk mencari pencetak yang serasi berhampiran anda; syarikat itu menasihati tidak semua pencetak boleh digunakan untuk tetamu.

Read More  7 Perkara Yang Boleh Menghentikan Niat Anda Untuk Memulakan Perniagaan Anda Sendiri

Sebagai contoh, pencetak hotel hanya boleh didapati untuk tetamu

Bagaimana Untuk Mencetak Dari Telefon Android
Selepas anda memuat turun aplikasi percetakan pilihan anda, anda perlu memasangkannya dengan pencetak. Selalunya, aplikasi akan menemui pencetak yang serasi yang berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama, namun, seperti yang kita alami dengan Cloud Print, anda mungkin perlu menambahkannya secara manual. Seterusnya, navigasi ke dokumen, halaman web, atau gambar yang anda mahu cetak, dan akan ada pilihan sama ada dalam menu aplikasi atau pilihan perkongsian.

Kebanyakan aplikasi mempunyai fungsi pratonton serta pilihan saiz kertas. Aplikasi percetakan yang kita lihat juga mempunyai printing queues di mana anda boleh lihat apa yang berlaku dengan pencetakan atau terdapat isu seperti kekurangan kertas atau ink.

Kebanyakan aplikasi ini memerlukan sambungan Wi-Fi. Jika anda di luar talian, anda boleh mencetak ke PDF untuk menyimpan halaman web atau dokumen untuk kemudian; hanya cari “cetak ke PDF” dalam pilihan pencetak. Menyimpan ke PDF juga berguna untuk mengakses dokumen di mana jua.

Sumber : Lifewire

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...