Dapatkan Hosting Laman Web Secara Percuma Dengan Dropbox, Google Drive dan OneDrive

299

Mahu mengendali lama web ringkas? Anda mungkin akan gembira apabila dapat mengendalikan laman web yang baik dengan mudah. Walaupun terdapat banyak laman web host percuma yang ditawarkan, tetapi anda tidak disyorkan untuk untuk memilih cara ini kerana web hosting percuma mempunyai banyak kelemahan.

Tetapi sekiranya laman web anda ringkas, statik dan hanya untuk suka-suka, terdapat beberapa pilihan untuk anda iaitu hosting melalui perkhidmatan penyimpanan awan secara percuma. Perkhidmatan penyimpanan awan bukan hanya lebih dipercayai daripada web host percuma, ia juga tidak memerlukan sebarang kemahiran yang menyusahkan.

Dengan mengganggap anda telah mempunyai laman web untuk dipaparkan dan telah memuat turun templat laman web tanpa kod ataupun menggunakan penjana laman statik, melalui artikel ini hanya akan merangkumi proses sebenar dalam membuat fail-fail tersebut boleh diakses secara dalam talian. Artikel ini menggunakan contoh Nikola.

Bagaimana Untuk Mengendalikan Laman Web Melalui Dropbox

Disebabkan Dropbox telah mempunyai kelebihan untuk melihat halaman web awam, anda perlu menggunakan perkhidmatan web yang dipanggil DropPages.

DropPages menghubungkan anda dengan akaun Dropbox dan menghasilkan folder applikasi yang istimewa yang mana anda anda akan gunakan untuk halaman web anda. DropPages berfungsi dengan halaman web anda melalui pelayan web sendiri, dan mengabaikan perkara lain di dalam akaun Dropbox anda.

Kelebihan dan Kekurangan DropPages

Sebaik sahaja anda membuat perubahan pada fail laman web anda, DropPages akan mengemas kini mengikut versi nya sendiri dan berfungsi dengan segera. Menguruskan laman web anda hanya melibatkan proses mengedit fail setempat di dalam folder Dropbox anda dan Dropbox akan menyegerakannya.

Dropbox bukan hanya mudah digunakan, malah ia didatangkan dengan dua subdomain yang percuma untuk mengakses halaman anda. Ini akan memudahkan anda untuk berkongsi laman anda bersama orang lain, DropPages merupakan pilihan yang sangat bagus dan berdaya maju dalam membuat halaman yang ringkas dan sekadar untuk suka-suka.

Read More  Bagaimana Nak Menghentikan Aplikasi Yang Asyik Meminta Ratings Pada iPhone dan iPad?

Memandangkan DropPages tidak menawarkan langganan percuma, anda hanya dihadkan kepada 50MB simpanan. Sekiranya anda melebihi had yang ditawarkan, anda perlu membayar untuk langganan asas ataupun bertukar kepada tradisional laman web host percuma.

Bagaimana Untuk Set DropPages

Pertama sekali, lawati DropPages. Kemudian, tekan Sign In untuk mendaftar masuk ke Dropbox, seterusnya beri kebenaran kepada DropPages untuk mengakses akaun Dropbox anda dengan menekan Allow.

Apabila diminta, anda perlu menambah subdomain yang ingin anda guna untuk halam anda dan letakkan .droppages.com pada pangkal subdomain.

Seterusnya, rajah di bawah ialah folder baru di dalam Dropbox anda yang terletak di Dropbox/Apps/My.DropPages. Di dalam folder baru ini terdapat tiga subfolder.

Muat naik laman web anda ke dalam folder yang bersesuaian dan tunggu sehingga diterima ke Dropbox dan DropPages. Sekiranya anda ingin menpercepatkan proses memuat naik ataupun ia tidak dikemaskini, anda boleh ke DropPages dashboard dan tekan Publish Now ataupun Reset Sync.

Sekarang anda boleh mencari domain anda di dalam carian web dan anda boleh melihat halaman anda:

Bagaimana Untuk Mengendalikan Laman Web Melalui Google Drive Atau OneDrive

Memandangkan Google Drive dan OneDrive tidak menyediakan cara untuk kendali laman web, anda perlu menggunakan khidmat DriveToWeb.

DriveToWeb menghubungkan akaun Google Drive atau OneDrive anda, mencari lama HTML dan aset HTML yang dapat diakses secara umum, kemudian mengambil fail tersebut dan memaparkannya melalui pelayan web sendiri.

Kelebihan dan Kekurangan DriveToWeb

Yang menarik mengenai DriveToWeb ialah apabila fail diubah, DriveToWeb secara automatik akan mengemaskini secara sendiri. Mahu tweak teks ke halaman? Anda cuma perlu edit dan simpan versi fail tersebut di dalam Google Drive atau OneDrive dan versi web akan automatik sepadan dengan nya. Anda tidak perlu memuat naik secara manual atau memaksa DriveToWeb untuk mengimbas semula drive anda.

Read More  Whatsapp Mempunyai Ciri Baru Untuk Memastikan Perbualan Di "Whatsapp Group" Lebih Berkualiti

DriveToWeb sangat mudah untuk di set kan. Ia akan tersedia dalam jangka masa labih kurang 3 minit sahaja.

Kekurangan nya pula ialah dari segi alamat web yang tidak memuaskan. DriveToWeb secara rawak akan mencipta identifier tanpa nama untuk mengakses laman web anda. Ia melindungi anda apabila pelawat tidak dapat melihat nama akaun anda tetapi ia akan menyusahkan proses perkongsian. Hanya orang yang dikongsikan URL oleh anda sahaja yang boleh melihat laman anda.

 Bagaimana Untuk Set DriveToWeb

Pertama sekali, pastikan laman web anda di muat naik ke Google Drive atau OneDrive dan disusun dengan betul. Cuba lawat laman di dalam carian web untuk memastikan web anda kelihatan seperti yang anda mahu.

Seterusnya, tandakan folder laman web sebagai tontonan umum:

  • Google Drive: Pergi ke drive.google.com, kemudikan ke folder, tekan kanan, dan pilih Share. Tekan Advanced di bahagian kanan atas. Kemudian ke “Private – Only you can access,” tekan Change dan pilih “On – Public on the web,” dan simpan.
  • OneDrive: Pergi ke onedrive.live.com, kemudikan ke folder, tekan kanan, dan pilih Share. Tekan Get a link. Ini akan menjadikannya tontonan umum. Anda boleh menghiraukan pautan sebenar yang mana anda tidak gunakan.

Apabila laman web anda telah menjadi tontonan umum, lawati DriveToWeb dan tekan khidmat simpanan awan yang anda gunakan: Google Drive atau OneDrive.

Beri kebenaran apabila diminta. Ini keperluan untuk DriveToWeb untuk mencari fail HTML dan aset yang boleh didapati secara umum.

Setelah dibenarkan, DriveToWeb akan luangkan beberapa saat melihat semua fail dan menukar kesemuanya ke laman web yang boleh diakses, kemudian paparkan senarai halaman yang telah ditukar:

Read More  Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Anda Tidak Menemui Layers Panel (Atau Panel Lain) Di Photoshop?

Tahniah! Halaman anda kini dalam talian:

DriveToWeb for Free Website Hosting

Cara Lain Untuk Membina dan Mengendalikan Laman Web Secara Percuma

Sekiranya anda mencari host simpanan awan yang hebat ditawarkan, boleh lihat di Wix. Aplikasi ini adalah percuma dan tidak memerlukan kepakaran yang susah.

Adakah anda akan mendapatkan dan berjaya mendapatkan halaman anda yang dihoskan pada Dropbox, Google Drive atau OneDrive? Beritahu kami dan tinggalkan komen anda di ruang komen di bawah!

Sumber: makeuseof

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...