10 Sebab Pelajar Hari Ini Memerlukan Teknologi di dalam Kelas

480

Teknologi sangat penting pada masa kini. Teknologi mempengaruhi bagaimana cara hidup, cara kerja, permainan dan yang penting pembelajaran kita. Dengan menggunakan peranti mudah alih mahupun peranti tanpa wayar seperti IoT yang mana telah meningkatkan keperluan setiap industri pada hari ini. Walau bagaimanapun, untuk kebanyakkan sekolah, pelaksanaan teknologi terbaharu agak susah untuk dikemudi.

Terdapat dua sebab utama perkara ini terjadi:

  • Sekolah melarang pelajar untuk membawa telefon mudah alih ke sekolah kerana dikhuatiri lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.
  • Sekolah mahu memberi telefon mudah alih tetapi rangkaian infrastuktur tidak bersesuaian untuk menyokong teknologi terkini dalam segala aspek.

10 Sebab Mengapa Pelajar Perlu Teknologi di dalam Kelas

  1.  Peranti mudah alih dan applikasi yang disokong olehnya boleh membantu pelajar dalam kerjaya mereka di masa hadapan sekiranya teknologi ini digunakan dengan betul.
  2. Teknologi integrasi di dalam kelas ialah cara efektif untuk menghubungkan para pelajar dengan cara pembelajaran yang pelbagai.
  3.  Memberi peluang untuk meningkatkan interaksi dalam kalangan para pelajar dan pengajar melalui colaborasi.
  4.  Menggunakan teknologi di dalam kelas dapat memberikan para pengajar dan ahli fakulti lain peluang untuk membina kemahiran kewarganegaraan digital.
  5. Mengintegrasikan teknologi dalam pelajaran membantu pelajar untuk terlibat sama. Kebanyakan pelajar hari ini menggunakan peranti mudah alih untuk bermain dan belajar semenjak kecil. Oleh itu, logik sekiranya menggunakan teknologi ini di dalam kelas kerana sangat dekat dengan para pelajar.
  6. Menggabungkan teknologi baharu seperti VR (Virtual Reality) dengan cara pembelajaran tradisional di dalam kelas ialah salah satu contoh bagaimana teknologi baharu mampu untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran dan membentuk peluang baharu.
  7. Apabila teknologi mudah alih telah tersedia dan dilaksanakan dengan betul di dalam kelas, maka para pelajar boleh akses maklumat terkini dan up-to-date dengan lebih cepat dan mudah.
  8. Dengan teknologi di dalam kelas, para pengajar boleh jadi penggalak, penasihat dan jurulatih yang lebih efektif.
  9.  Teknologi membantu pelajar menjadi lebih bertanggungjawab. Dengan cara menggunakan peranti mudah alih sendiri mahupun meminjam peranti mudah alih milik sekolah memberi peluang kepada para pelajar untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam membuat keputusan bergantung kepada pemilikan nilai sesebuah peranti mudah alih milik peribadi mahupun pinjam.
  10. Teknologi telah mengubah dan meningkatkan pengalaman dalam pembelajaran. Pelajar mempunyai akses kepada peluang baru yang luar biasa. Bermula dari bagaimana untuk kod kepada mulai belajar bagaimana untuk lebih baik bekerjasama melalui pasukan dan tenaga pengajar dimana teknologi memberi peluang kepada pelajar untuk menjadi lebih kreatif dan berhubung dengan lebih ramai orang. Teknologi baharu mempunyai daya super bagaimana kita belajar pada masa kini.
Read More  Bahasa Pengaturcaraan Yang Manakah Paling Penting Untuk Belajar? Pemaju Telah Dedahkannya!

Sekiranya sekolah masih berdebat tentang bagaimana teknologi memberi kebaikan kepada para pelajar, tenaga pengajar dan pihak pentadbiran, mereka haruslah lebih banyak membaca tentang kebaikannya dan lebih berfikiran terbuka. Masa hadapan pembelajaran terletak di sini dan mereka akan kehilangan kepercayaan tentang jumlah peluang yang di depan mata.

Bagaimana Untuk Menyokong Teknologi di dalam Kelas

Salah satu kesilapan terbesar yang dibuat oleh sekolah adalah membenarkan peranti mudah alih baharu memasuki kawasan sekolah dan di dalam kelas, tetapi tidak memastikan segala infastuktur rangkaian berada dalam keadaan yang sentiasa dikemaskini.

Dapat dilihat banyak situasi dimana sekolah membeli dan menggunakan tablet baharu dan komputer riba baharu tetapi tiada sebarang fungsi apabila rangkaian Wi-Fi di sekolah tidak dapat menyokong peranti baharu ini.

Dengan nilai belanjawan yang tinggi, peranti baharu tidak akan mampu untuk dimiliki dan fungsinya tidak akan dapat dinikmati. Oleh itu, anda perlu dapatkan nya dalam tempoh masa yang tepat dan menggunakannya dengan sebaiknya.

Rangkaian tanpa wayar dan infrastuktur adalah apa yang membuatkan peranti mudah alih baharu boleh digunakan. Ya, rangkaian tanpa wayar mempunyai keistimewaan dan harganya jugak berpatutan dan tidaklah murah.

Lebih daripada 1000+ rangkaian tanpa wayar sepanjang tempoh 11 tahun yang lalu. Kita telah mempelajari banyak tentang apa yang bagaimana ia bekerja dan apa sebenarnya yang terjadi.

Beberapa perkara utama termasuk:

  • Sistem Wi-Fi perlu sentiasa selari dengan peranti yang dihubungkan.
  • Sumber-sumber teknikal agak susah untuk dicari dan agak mahal dari segi harga.
  • Jangkaan pengguna adalah sangat tinggi.
  • Semua sistem adalah berubah mengikut peredaran zaman.

Dengan melanggan perkhidmatan Wi-Fi membolehkan pihak sekolah menganggarkan baget dengan tepat tentang apa yang mereka perlukan untuk perkhidmatan terbaik untuk kepada pelajar, kakitangan dan tetamu mereka.

Read More  Langkah Bersihkan Komputer Riba Anda Secara Fizikal

Sumber: SecureEdge Networks

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...