Bagaimana Ingin Mengetahui Komputer Anda Diserang Virus?

212

Ada masanya perisian anti-virus anda tidak dapat mengesan virus, jadi pada hari ini kami akan menerangkan kepada anda cara untuk mengesan jika komputer anda diserang virus.

Jika anda merasakan komputer anda menjadi tidak stabil, kemungkinan ada puncanya. Ada beberapa malware suka mengganggu fail anda seperti data yang hilang dan sebagainya.

Adakah komputer anda berfungsi dengan perlahan? Hal ini tidak lain tidak bukan disebabkan malware cuba untuk mengganggu sumber pemprosesan komputer  anda menggunakan kod. Jika anda tidak membuka aplikasi yang berat tetapi komputer anda masih lambat untuk diproses, itu bermakna komputer anda diserang virus.

Pada masa yang sama, aplikasi yang tidak berjalan dengan sempurna dan fail yang tidak dapat dibuka juga disebabkan oleh virus. Petunjuk lain termasuklah perkakasan seperti pencetak tidak bertindak balas seperti yang diarahkan. Ia memaparkan mesej yang salah di mesin anda.

Sekiranya anda lihat saiz fail mengurang walaupun anda tidak mengakses fail tersebut, itu adalah satu lagi tanda virus komputer. Akhir sekali, ketika anda mengakses menu dan anda lihat sesuatu yang pelik, anda mungkin telah menjadi mangsa kepada malware.

Jika anda percaya komputer anda telah dijangkiti oleh virus, jangan panik. Anda mungkin kehilangan beberapa data tetapi anda masih belum lagi kehilangan kesemuanya.  Ikuti langkah-langkah yang kami cadangkan dalam artikel akan datang.

Sumber : howstuffwork

 

Read More  Cara Untuk "Untrust" Sesuatu Komputer Pada iPhone Atau iPad Anda

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...